GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 23 Oktober 2013

Video kapel Romantik 2013,Ibu tanggung malu

RAKAMAN video pasangan kekasih dimuat naik dalam YouTube.
Kuala Lumpur: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.” 
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB). 

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

2 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 23 Oktober 2013 pada 1:50 PTG  

mak bapak tau anak bercinta tapi nafikan anak yg jenis liar suka keluar. Abis tu depa rakam video tu dalam kawasan umah ke kalau tak keluar. Ye bukan mak bapak ajar.. tp anak yg pandai belajar sendiri buat semua tu. Maybe.. kepercayaan yg mak bapak dia bg tu di salah guna

Tanpa Nama ,  23 Oktober 2013 pada 2:35 PTG  

Inilah masalahnya mak bapak sekarang, percaya sangat pada anak. Bila orang ramai mencerca, defend lagi anak tu, pada hal bukti dah terbentang depan mata. Come on la makcik, video ni dah sah2 menunjukkan yang makcik gagal mendidik anak makcik menjadi seorang gadis yang solehah. Pertamanya, kenapa makcik tak suruh anak gadis makcik bertudung? Kedua, kenapa dibiarkan dia berpakaian ketat (pakai legging)? Ketiga, kenapa biarkan dia berkawan dengan budak lelaki? Adakah alasannya tak bahaya sebab budak lelaki tu muda sangat, anak makcik pun bodoh lagi, kawan sekolah dia, nampak macam budak baik, anak makcik jenis pijak semut tak mati....atau apa? Makcik tau ke apa aktiviti anak makcik lepas sekolah? Ada buat spot check?
Jangan bila nasi dah menjadi bubur, makcik baru nak kata....TAK SANGKA.......Hmmmm....budak2 zaman sekarang bukan innocence macam budak zaman dulu makcik ooi!!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP