GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 Oktober 2013

Wanita yang Gila kumpul kain Lampin


Antonia Kozakova bersama himpunan koleksi napkin - AGENSI

TIADA apa yang menarik atau istimewa tentang cerita seorang wanita yang suka mengumpul napkin berbanding mereka yang gemar menyimpan barangan antik mahupun koleksi baju lama.

Namun, kisah Antonia Kozakova mungkin berbeza daripada cerita-cerita hobi yang sering dibaca atau didengar oleh orang ramai.

Hal ini kerana, Kozakova berjaya membuktikan dirinya berbeza apabila dia mempunyai koleksi napkin pelbagai rekaan sebanyak 62,757 helai.

Wanita kelahiran Slovakia berusia 39 tahun itu mula mengumpul napkin sejak 16 tahun lalu dan kesemua koleksinya ditempatkan di dalam pejabatnya.

Apa yang lebih menarik, koleksi napkin Kosakova yang diperoleh dari pelbagai negara melayakkannya memegang rekod pengumpul napkin terbanyak di dunia buat tiga kali berturut-turut.

Kozakova memecah rekod pertama pada 2007 apabila berjaya mengumpul napkin sebanyak 21,000.

Sejak itu, Kozakova meneruskan pengumpulan napkin sehingga membolehkan dia memecah rekod buat kali kedua pada 2008 dengan 30,300 napkin dan buat kali ketiga dalam tahun yang sama dengan 50,000 napkin.

Kini, koleksi napkinnya semakin menginjak ke angka 63,000 dan bakal menyaksikan Kozakova memecah rekod buat kali keempat.

Kesemua napkin milik Kozakova dianggarkan bernilai 300,000 pound (RM1.5 juta) termasuk sehelai napkin kecil yang berukuran lima sentimeter panjang, manakala napkin terpanjang berukuran hampir 122 sentimeter.

Kozakova turut memiliki sehelai napkin era 1940-an, selain napkin dengan rekaan duit kertas 50 pound dan napkin yang memaparkan imej dua anggota kumpulan The Beatles iaitu Ringo Starr dan John Lennon.

Ketika koleksi napkinnya semakin mencipta populariti, Kozakova juga menyatakan bahawa hobinya itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.

Kebanyakan penduduk di kawasan kediamannya di Ruska termasuk peminatnya dari seluruh dunia akan menghantar pelbagai napkin unik dan manarik kepadanya untuk menambah koleksi.

Kozakova memberitahu dia tidak mungkin berhenti mengumpul napkin dan akan meneruskan hobinya itu sehingga koleksinya mencecah 100,000 helai.

Wanita itu melahirkan hasrat untuk memiliki napkin yang memaparkan wajah dan namanya.

Impiannya itu berasaskan salah satu napkin dalam simpanannya yang didakwa pernah ditandangani oleh aktor kegemarannya iaitu Arnold Schwarzenegger.

Namun Kozakova tidak dapat menunjukkan bukti yang dia memiliki napkin dengan tandatangan idolanya itu kerana sehingga kini dia masih belum dapat menemui napkin tersebut yang disimpan bersama ribuan napkin lain. 

- AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP