GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 25 Oktober 2013

Yusof Haslam Anggap Rahmat, KL Gangster 2 Kutip RM5 Juta

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan kutipan sebanyak RM5 juta untuk filem KL Gangster 2 sebagai satu rahmat buat karya arahan Syamsul Yusof itu walaupun ia telah disebarkan menerusi Internet dan menjadi mangsa cetak rompak sebelum ia ditayangkan.
Yusof, 59, berkata, walaupun telah kehilangan 70 peratus penonton gara-gara insiden itu namun beliau tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.
"Apabila filem berkenaan tersebar, saya hanya harap KL Gangster 2 dapat mengutip RM1 juta sahaja tetapi Alhamdulillahlah kita berjaya mendapat RM5 juta.
"Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya kepada mStar Online.
KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.
Ia telah ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober lalu.
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.
"Paling teruk terjejas adalah negeri di Utara dan Pantai Timur sehingga pihak pawagam terpaksa mengehadkan jumlah tayangan kerana tidak mendapat sambutan.
"Namun bilangan penonton di Lembah Klang paling ramai dan ia telah menyelamatkan filem ini," katanya.
Sementara itu, Yusof berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.
Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.
"Saya agak terkilan apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filem saya sahaja tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa saya tidak akan berulang kepada penerbit lain.
"Pihak saya masih menanti apakah hasil siasatan yang dibuat oleh pihak SKKM dan KPDNKK berhubung isu tersebut," katanya.

Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP