GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 2 November 2013

INFO KESIHATAN,POSISI TIDUR TERBAIK MENURUT ISLAM DAN SAINS

Bagaimana posisi tidur anda? Cara tidur yang baik dapat memanjangkan umur anda dan mengurangi risiko sakit punggung.

TIDUR MENIARAP
Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentuakan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecu tketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

TIDUR MENELENTANG
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana
mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang
bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu
dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah
yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema dimusim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

TIDUR MENGIRING KE KIRI
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang manaia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua, seperti mana perut yang penuh ketikaitu akan menekan jantung.

PERBANDINGAN DIANTARA TIDUR MENGIRING KE KANAN DAN TIDUR MENGIRING KE KIRI
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

TIDUR YANG TERBAIK
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil
daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP