GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 November 2013

Mahkamah Isytihar Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Terbatal Dan Tidak Sah,Zed Zaidi bukan lagi Presiden Seniman

Zed Zaidi ketika ini bukan lagi Presiden Seniman yang sah.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mengisytiharkan mesyuarat agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia adalah terbatal dan tidak sah dan memerintahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengadakan mesyuarat itu semula.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop juga memutuskan bahawa apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, Kompleks Studio Merdeka di sini, adalah tidak sah.
Mahkamah memerintahkan supaya Mesyuarat Agung Ke-14 itu diadakan dalam masa dua bulan dari tarikh hari ini (Khamis).
Justeru itu, beliau berkata pemilihan keseluruhan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman bagi sesi 2012/2015, Laporan Kewangan bagi tahun 2011 dan minit Mesyuarat Agung Ke-13 yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Ke-14 juga adalah terbatal dan tidak sah.
Rosilah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar gantirugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.
Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif.
Pada 25 Januari lepas lima artis veteran Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh lagi.
Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden sebagai defendan.
Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.
Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plantif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.
Rosilah berkata sepanjang perbicaraan saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof, dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten.
"Mereka sering mengelak dari memberi jawapan kepada soalan-soalan yang jelas dan mudah daripada peguam plaintif," katanya sambil menambah jawapan-jawapan yang bercanggah itu juga boleh merosakkan kes defendan dan beratnya beban keterangan pada saksi-saksi ini adalah rendah kerana sikap buruk mereka.
Rosilah berkata mahkamah mendapati perjanjian JualBeli Hartanah oleh Persatuan Seniman pada 30 Jun 2010, telah dilaksanakan berdasarkan tipuan defendan-defandan dan tanpa kebenaran dan kelulusan Mesyuarat Agung persatuan itu.
"Pihak defendan sendiri telah akui yang Perjanjian JualBeli hartanah ini adalah tidak sah dari awal lagi. Maka dengan itu berdasarkan semua alasan- alasan di atas saya dapati Perjanjian JualBeli Hartanah ini adalah terbatal dan tidak sah," katanya.
Rosilah berkata dari keterangan yang dikemukakan, persatuan itu telah mengalami kerugian sebanyak RM56,000 bagi pembelian hartanah itu dan oleh itu mahkamah mendapati plaintif-plaintif berhak kepada kerugian itu.
Beliau juga berkata perbuatan defendan-defendan mengadakan minit mesyuarat yang berbeza dengan yang difailkan dengan Pejabat Pendaftar dan Buku Laporan Mesyuarat Agung Ke-14 adalah berniat menipu ahli-ahli persatuan dan bermotif jahat.
Plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Ini kerana mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya.
Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.
Plaintif juga memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan itu berhubung pembelian hartanah.
Plaintif yang juga penggiat seni Abu Bakar yang hadir hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berharap keputusan itu akan menjadi pengajaran kepada persatuan lain supaya tidak mengamalkan perkara yang tidak betul. 
-BERNAMA(mStar Online)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP