GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 18 November 2013

Penghidap diabetes maut setiap 6 saat

Pesakit terpaksa menyuntik insulin bagi membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga. - Foto AGENSI

Tabiat pemakanan, gaya hidup antara punca masalah 

Geneva: Penyakit kencing manis atau diabetes adalah punca satu kematian setiap enam saat dengan penghidapnya seramai 382 juta orang di seluruh dunia. 


didedahkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang sudah mendapatkan bantuan pelbagai pihak termasuk chef selebriti, Jamie Oliver hinggalah anak saudara raja reggae, Bob Marley bagi meningkatkan kesedaran mengenainya. 

Bilangan melonjak 

Bilangan penghidap diabetes melonjak 4.4 peratus sejak dua tahun lalu, lapor IDF yang menyiarkan data baru di Brussels. 

Bilangan penghidap diabetes juga diramal meningkat 55 peratus menjadi 592 juta menjelang 2035. 

Ini berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak baik, gaya hidup santai selain meningkatnya masalah obesiti dan jangka hayat lebih lama. 
Pada 2009, bilangan penghidap kencing manis di seluruh dunia adalah 285 juta. 

“Keadaan belum stabil lagi dan penghidap diabetes terus meningkat,” kata pakar epidemiologi dan penyelaras projek Atlas Diabetes untuk IDF, ketika dihubungi. 

“Diabetes terus menjadi masalah besar dan semakin teruk hingga melepasi daripada jangkaan.” 

Penyakit itu berpunca daripada kekurangan insulin, unsur yang membolehkan anggota tubuh mengubah gula dalam darah kepada tenaga. 

RM1.6t kos rawatan 

Pada tahun ini, masyarakat antarabangsa menghabiskan AS$548 bilion (RM1.6 trilion) bagi menanggung kos rawatan penghidap diabetes. 

“Semuanya bergantung kepada kesedaran seseorang itu. Diabetes juga adalah sejenis penyakit senyap, jadi adalah lebih baik kita dapat membincangkannya,” kata Mike Doustdar, naib presiden kanan Novo Nordisk, pengeluar insulin terbesar dunia. 

China mencatat negara paling ramai penghidap kencing manis iaitu 98 juta atau 10 peratus daripada penduduknya, peningkatan dramatik berbanding hanya satu peratus pada 1980, menurut laporan baru-baru ini. 


- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP