GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 6 November 2013

Tangkap penjenayah seks kanak kanak guna mangsa ciptaan komputer

Sweetie
The Hague: Sebuah kumpulan hak asasi Belanda kelmarin mendakwa berjaya mengenal pasti lebih 1,000 pedofilia di seluruh dunia selepas menawarkan seks secara online dengan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bernama Sweetie yang dicipta menggunakan komputer.
Terre des Hommes Netherlands sudah menyerahkan identiti mereka yang bersedia membayar kanak-kanak di negara membangun untuk melakukan seks secara online.
“Mereka bersedia membayar Sweetie supaya melakukan aksi seks di depan webcam,” kata ketuanya Albert Jaap van Santbrink kepada media.
Kumpulan itu mahu mewujudkan kesedaran terhadap kaedah terbaru mengeksploitasi kanak-kanak yang masih kurang mendapat perhatian.
Kaedah ini dikenali sebagai pelancongan seks kanak-kanak melalui webcam mengesan ribuan mangsa di Filipina. Sweetie dicipta kumpulan itu dan dimuatnaikkan laman sembang Internet dari Amsterdam.
Dalam tempoh 10 minggu, lebih 20,000 pedofilia di 71 negara meminta Sweetie membuat pelbagai aksi mengghairahkan di depan webcam termasuk seorang bapa berusia 35 tahun yang menawarkan $10 jika dia membuka baju.
Butiran semua lelaki itu diperoleh melalui media sosial ketika mereka bersembang dengan Sweetie sebelum maklumat berkenaan diserahkan kepada polis.
“Masalah utama adalah pihak polis tidak mengambil tindakan sehingga kanak-kanak memfailkan laporan, namun mangsa kes seperti ini jarang berbuat demikian.
“Kami bukan pendakwa atau hakim, terpulanglah kepada pihak polis untuk bertindak berdasarkan maklumat yang kami berikan,” kata ketua kempen Hans Guyt.
Katanya, semua perbualan dihentikan sebaik ada tawaran pembayaran dibuat kepada Sweetie.
Kumpulan itu mahu pihak polis di seluruh dunia diberi mandat untuk memantau laman sembang secara aktif bagi mengelak kes seperti ini.
 - AFP(myMetro)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP