GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 7 Disember 2013

Banjir,Pahang dan Terengganu cecah 60,000 mangsa

Pemandangan dari Udara kawasan Taman Perumahan di Kuantan
KUALA LUMPUR: Pahang dan Terengganu kini mencatatkan jumlah keseluruhan 60,851 mangsa banjir yang ditempatkan 191 pusat penempatan banjir berikutan hujan berterusan dan ancaman gelombang kedua yang dijangka berlaku.
Di PAHANG, harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri itu reda seakan tipis apabila hujan berterusan sejak awal pagi tadi. 
Cuaca cerah sepanjang semalam membuatkan ramai menjangkakan berterusan hingga ke hari ini namun sebaliknya berlaku. 

Sehingga kira-kira 1.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 38,210 mangsa masih berada di 117 pusat pemindahan di negeri ini.Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 32,871 mangsa daripada 9,667 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan.
Pekan mencatatkan 3,464 mangsa daripada 799 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan. 

Sekurang-kurangnya 172 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di Rompin. 

Di Maran pula, 183 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di 5 pusat pemindahan.

Temerloh turut mencatatkan peningkatan apabila 839 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu. 

Seramai 53 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di empat pusat pemindahan di Lipis.

Di Jerantut, 519 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan dan Bera mencatatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan. 

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengingatkan penduduk di negeri ini supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Katanya, penduduk terutama yang berada di kawasan rendah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah.
Di TERENGGANU, gelombang kedua yang dijangka berlaku malam ini menyebabkan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir di Terengganu terutama daerah Kemaman.

Sehingga 1.30 petang tadi, 22,641 mangsa (5,201 keluarga) berbanding hanya 7,140 mangsa pada jam 12 tengah hari yang kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan di seluruh Terengganu.

Daerah Kemaman menunjukkan peningkatan mendadak iaitu seramai 18,576 mangsa daripada 4,177 keluarga yang dipindahkan di 43 pusat pemindahan berbanding hanya 2,778 mangsa sebelum ini. 

Peningkatan yang ketara berlaku berikutan orang ramai mengambil langkah awal selepas mendapat maklumat akan berlaku gelombang kedua banjir sekali gus mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, Dungun yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi menunjukkan penurunan apabila hanya 3,951 mangsa (991 keluarga) saja ditempatkan di 27 pusat pemindahan berbanding 4,248 mangsa kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Sementara di Marang, 44 mangsa daripada 15 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jenang dan SK Pasir Puteh. 

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 60kmsj dan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 9 Disember depan.

Terengganu dan Kelantan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang mana ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Sumber berita myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP