Bapa campak anak, terjun dari bangunan 52 tingkat
Tweet
Keluarga Kanarikov ketika saat bahagia. (Gambar kecil) Bangunan tempat kejadian berlaku. - Foto Agensi
MANHATTAN, New York - Seorang ayah mencampakkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari bumbung pencakar langit setinggi 52 tingkat di sini kelmarin sebelum terjun dari bangunan berkenaan.
Polis berkata, lelaki itu, Dmitriy Kanarikov berusia 35 tahun, mati di tempat kejadian selepas terjun dari Menara Dataran Lincoln sekitar pukul 12.05 tengah hari (waktu Amerika Syarikat).
Polis mengesyaki lelaki tersebut yang merupakan seorang imigran dari Ukraine, berada dalam keadaan tertekan ekoran pertikaian mengenai hak penja- gaan anak mereka.
"Anak lelakinya, Kirill yang memakai pijama meninggal dunia tidak lama selepas dimasuk- kan ke Hospital St, Luke Roose- velt," kata polis.
Tragedi menyayat hati itu berlaku tiga bulan selepas Kanarikov menulis di laman Face- booknya bahawa dia mahu menjadi seorang ayah dan pasangan yang baik.
"Saya mahu menjadi bapa dan suami yang terbaik, tiada apa yang lebih penting daripada mereka sekarang ini," kata Kanarikov lagi.
Isterinya, Svetlana Bukharina pula bermegah di laman Facebooknya pada Mac lalu bahawa dia mempunyai suami dan anak lelaki yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga mereka bertukar porak peranda sejak beberapa bulan lalu.
Kanarikov dan Bukharina bercerai manakala masa ayah untuk bersama anaknya pula terhalang ekoran perebutan hak penjagaan anak antara mereka.
"Perpisahan tersebut diselubungi kemarahan sehingga mereka terpaksa bertemu berhampiran balai polis untuk menghantar dan mengambil Kirill," kata satu sumber.
"Kanarikov mengambil Kirill pukul 10 pagi kelmarin di lokasi tersebut dan dia perlu menghantar anaknya tiga jam kemudian," tambah sumber sama.
Sementara itu, ibu Kirill, Bukharina enggan mengulas berhubung insiden tersebut.
"Perkara ini perkara peribadi melibatkan keluarga dan sahabat handai saya," kata Bukharina kepada akhbar New York Daily News.
Setakat ini, polis masih belum pasti punca Kanarikov bertindak untuk menamatkan nyawa anak lelaki kesayangannya.
- Agensi(kosmo!)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan