Kecewa Dengan Media, Justin Bieber Umum Bersara
Tweet
Sumber mStar Online
Justin Bieber
PENYANYI sensasi, Justin Bieber telah mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi menerusi laman Twitter miliknya sehari sebelum sambutan Hari Krismas.
Menurut laporan Daily Mail, Justin, 19, berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak mampu menghadapi media di Amerika Syarikat yang sentiasa mencari kesalahannya selain mereka (media) ingin melihat kerjayanya jatuh.
"Kepada semua Biliebers (panggilan Justin kepada peminatnya), saya secara rasmi bersara," katanya menerusi satu entri di Twitter.
Bagaimanapun kata Justin dia tidak akan sesekali meninggalkan para peminat setianya.
"Media sentiasa ingin menjatuhkan kerjaya saya dan menulis perkara buruk tentang saya namun saya tidak akan tinggalkan anda semua," katanya lagi.
Sebelum ini Justin telah melahirkan hasratnya untuk bersara selepas pelancaran album terbaharunya berjudul Journey pada minggu hadapan.
Namun para peminatnya hanya menganggap Justin cuma berjenaka mengenai perkara itu.
Untuk rekod, Single pertama Justin berjudul One Time pernah menduduki carta teratas di 30 buah negara selain album pertamanya mendapat pengiktirafan platinum di Amerika Syarikat.
Justin mengecap populariti di seluruh dunia dengan sekelip mata selain menjadi buruan paparazi.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan