GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 6 Disember 2013

Rumah pangsa paling sempit di dunia


Binaan rumah pangsa di Jalan Ningbo, Shanghai, terlalu sempit sehinggakan penghuninya tidak boleh menyimpan kerusi di dalam rumah. - AGENSI


SHANGHAI 5 Dis. - Sebuah rumah pangsa di sini boleh diiktiraf sebagai bangunan paling sempit di dunia, sehinggakan kerusi pun tidak muat untuk dimasukkan ke dalam rumah tersebut.

Terletak di Jalan Ningbo di bandar raya ini, bangunan itu kelihatan tidak lebih daripada dinding bata yang dibangunkan berhampiran dengan sebatang jalan.

Bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada blok rumah berbentuk segi tiga.

Kebanyakan penduduk mengatasi masalah kesempitan rumah berkenaan dengan menambahkan ruang di bahagian beranda.

Sesetengah penulis blog menyamakan bangunan berkenaan dengan bangunan Flatiron di New York, ekoran rupa bentuknya yang nipis dan bentuknya yang seakan-akan seterika baju.

Bangunan Flatiron kini menjadi mercu tanda dan kawasan tarikan pelancong bandar raya tersebut.
Terletak di Fifth Avenue, bangunan itu dianggarkan bernilai AS$190 juta (RM613.13 juta).

 - AGENSI(Utusan)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP