GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 25 Januari 2014

Ada ke patut ! Lelaki terbukti lebih pelupa ?

imej google

Los Angeles: Satu kajian akhirnya, membuktikan bahawa lelaki lebih pelupa berbanding wanita. 

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Pusat Bio-Perubatan Psikologi, (BMC Psychology) mendedahkan hasil kaji selidik terhadap 48,000 responden. Mereka ditanya sembilan soalan mengenai memori, termasuk sama ada mereka boleh ingat semula apa yang pernah dilakukan setahun lalu dan sama ada mereka ingat butiran dalam sesuatu perbualan. 


Terbukti lapan daripada sembilan soalan ditanya menunjukkan lelaki berdepan kesukaran untuk mengingat semula. 

Kedua-dua jantina menghadapi masalah dengan subjek yang sama khususnya nama dan tarikh. Kajian turut mendapati, bagi kedua-dua jantina pendidikan tinggi ada hubung kait dengan memori yang lebih baik dan tekanan serta keresahan membawa kepada sifat pelupa. 

Usia bukan faktor pelupa 

Satu lagi penemuan menarik menunjukkan usia bukanlah faktor yang memainkan peranan utama untuk menjadi pelupa seperti yang disangka. Kajian mendapati wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun mengalami tahap lupa yang sama. 


“Mengejutkan apabila lelaki lebih banyak lupa berbanding wanita. Ia tidak pernah didokumenkan sebelum ini. Agak mengejutkan juga kerana lelaki berusia 30 dan 60 tahun mengalami tahap lupa yang sama. Ternyata keputusan ini tidak kabur,” kata Profesor Jostein Holmen dari Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU). 

- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP