GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 26 Februari 2014

Sarung tinju Muhammad Ali dilelong RM2.8 juta

Sarung tinju milik legenda dunia Muhammad Ali dilelong dengan harga RM2.8 juta.

MIAMI: Sarung tangan tinju dipakai oleh Muhammad Ali ketika merangkul Juara Heavyweight pertama berjaya dilelong mencecah £520,000 (RM 2.8 juta). 

Sarung tangan itu pernah digunakan legenda tinju, yang ketika itu dikenali sebagai Cassius Clay, ketika menentang Sonny Liston di Miami Beach, Florida, pada Februari 1964. 


Sebelum ini sepasang sarung tangan Ali dilelong mencecah £320,000 (RM1.7 juta), namun jualan terkini di New York mencatat satu rekod baru bagi memorabilia tinju. 

Sarung tangan itu terputus dari pergelangan tangan Ali selepas perlawanan dengan jurulatihnya, Angelo Dundee, dan mereka kekal dalam koleksi peribadinya sehingga kematiannya pada Februari 2012. 

Clay, dengan berat 210lbs (95 kilogram) manakala Liston 218lbs (98 kilogram), berjuang tujuh pusingan sebelum bekas heavyweight itu menyerah kalah dan Clay diisytiharkan pemenang menerusi kalah mati teknikal. 

Keesokan harinya beliau menukar namanya kepada Cassius X tetapi dipanggil Muhammad Ali seminggu kemudian atas sebab-sebab agama. 

Aksesori kulit, yang masih berkeadaan baik namun menunjukkan tanda-tanda perubahan warna, kemudian dibeli oleh pengumpul persendirian. 


- Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP