GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 28 Mac 2014

BOGEL SELEPAS KANTOI

Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.

SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.
“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Sinar Harian

2 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  28 Mac 2014 pada 8:37 PTG  

strategy PR,.buat dulu kemudian cari simpati org ramai, tapi tak menjadi, kalau boss PR buat mesti jadi, tambah dengan air mata neng dengan kipas jepun dia mengipas muka nya

Tanpa Nama ,  28 Mac 2014 pada 9:18 PTG  

Budak yg bogel tu kata dia penyokong tegau Umno.
Dia kecewa sbb masa pr di Bangi umno janji nak bagi Rm500 sbb jadi tukang menjerit utk umno..tapi...tipu ja katanya.
Skrg nak mknpun tak da duit. Sbb tu dia buat ketja tu.
Dia bogel sbb nak protest kat umno yg juat menipu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP