Kaki SKODENG kena denda RM2,000
Tweet
KUALA LUMPUR – Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air kecil di dalam tandas, seorang promoter didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Di salah sebuah tandas perempuan dalam bangunan Pavilion, Jalan Bukit Bintang inilah Syed Abu Bakar mengintai seorang wanita pada 15 April lalu.
KUALA LUMPUR – Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air kecil di dalam tandas, seorang promoter didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Syed Abu Bakar Sadiq Syed Salleh, 23, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 24 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas perempuan di tingkat 5, bangunan Pavilion, Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.40 malam, 15 April lalu.
Tertuduh yang bekerja di bangunan sama didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
KOSMO!
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan