GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 2 April 2014

Peragut panik dalam lubang

Kuala Lumpur: “Tolong selamatkan saya.” Itu jeritan lelaki berusia 28 tahun selepas terperangkap dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, lelaki berasal dari Pekan, Pahang itu dilaporkan terjun ke dalam sungai berkenaan untuk bersembunyi apabila dikejar orang ramai selepas meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun juga kakitangan sebuah bank di kawasan berkenaan. 
Menurut sumber, suspek menjerit meminta pertolongan daripada mangsa dan beberapa orang awam lain bagi membantu mengeluarkannya daripada lubang berkenaan selepas kakinya tersangkut. Suspek dilaporkan panik apabila air sungai berkenaan tiba-tiba naik mendadak. 

“Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis,” katanya.
Foto
SUSPEK dibawa keluar dari dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila suspek meragut beg tangan mangsa yang berjalan bersama rakan di Lebuh Pasar Besar, di sini.
Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP