GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 18 April 2014

Rapper potong ZAKAR sebelum cuba bunuh diri

Andre Johnson
Los Angeles: Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.
Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.
Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.
Dia kini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.
Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.
Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.
Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.
Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya ‘ditemui’ oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. 
- Agensi

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Master Jaguh 18 April 2014 pada 10:30 PTG  

The Power Of Electron Teknology !! – ‘Solar Etron Cell Tec’ >>>

CLICK HERE !!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP