GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 2 April 2014

Status perkahwinan Nurul Izzah ditentu 12 Jun


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini bagi melantik jawatankuasa pendamai berhubung kes penceraian pasangan itu.

Wakil plantif (Nurul Izzah) bagi ahli jawatankuasa pendamai hadir ke mahkamah tetapi pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir Iskandar) tidak hadir ke mahkamah pada Selasa.
Hakim Mahkamah Syariah, Ab Malek Awang, yang mengendalikan kes berkenaan, menetapkan 17 April bagi kedua-dua pihak membawa ahli jawatankuasa pendamai dan 12 Jun bagi tarikh pembentangan laporan mengenai keputusan jawatankuasa itu.
Nurul Izzah tiba di Mahkamah Syariah Jalan Duta sebelum 9 pagi, ditemani dua yang lain manakala suaminya tiba di mahkamah sejam selepas itu bersama peguamnya.
Kes tersebut, yang diadakan di dalam kamar tertutup, disebut buat pertama kali di hadapan hakim yang sama pada 21 Januari lalu.
Peguam Normawaddah Ramli mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir Islandar, yang menggantikan Muhamad Nakhaie Ishak pada 11 Mac.
Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, diperlukan oleh mahkamah bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.
"Jawatankuasa itu merupakan satu keperluan dalam kes cerai ini. Sebaik sahaja kes cerai difailkan dan menerima kebenaran daripada mahkamah, dan jika salah seorang pihak tidak bersetuju dengan penceraian itu, maka jawatankuasa pendamai perlu diwujudkan," kata Zulkifli.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusia 34 tahun itu memfailkan petisyen cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, di Mahkamah Syariah pada akhir Disember tahun lepas di bawah Seksyen Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Raja Ahmad Sharir Iskandar menerima petisyen fasakh pada 16 Januari tahun ini.
Pasangan itu, berkahwin pada 9 Mei 2003, dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki empat tahun.
Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP