GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 30 Jun 2014

Pelajar terjun bangunan selepas kalah pertaruhan Piala Dunia FIFA 2014

China mempunyai jutaan peminat sukan bola sepak - Gambar Hiasan

Seorang pelajar kolej di China terjun bunuh diri selepas rugi sehingga hampir RM10,000 kerana bertaruh dalam perlawanan bolasepak Piala Dunia, lapor media kerajaan negara itu.

Pelajar tahun dua yang hanya dikenali dengan nama keluarga, Lin, melompat dari tingkat tujuh sebuah bangunan di kampusnya pada Isnin, lapor Information Times, memetik seorang saksi.

"Saya dengar dia berkata 'jangan paksa saya' dan 'beri saya dua hari lagi dan saya akan pulangkan duit kamu'," lapor akhbar itu mengutip saksi berkenaan.

"Dia bercakap di telefon lebih 10 minit. Saya kemudian nampak dia meletakkan gagang, berdiri dan tiba-tiba dia terjun," kata saksi itu.

Lin sempat dikejarkan ke hospital tetapi doktor gagal menyelamatkannya.

Seorang siswa lain yang digambarkan sebagai teman sekuliah Lin mengatakan kawannya itu rugi 20,000 yuan (RM10,282) dalam taruhan di beberapa perlawanan Piala Dunia.

"Kami dengar dia meminjam banyak wang dan bunganya agak tinggi," kata siswa itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut pasukan mana yang disokong oleh Lin.

Ini adalah satu antara beberapa tragedi kematian berkait dengan Piala Dunia sejak kejohanan itu bermula pada 13 Jun lalu.

Seorang wanita baru-baru ini terjun bunuh diri selepas bergaduh dengan teman lelakinya yang baru pulang daripada menonton sebuah perlawanan. Mereka sebelum itu bergaduh semasa teman lelakinya itu hendak keluar.

Dalam satu kejadian lain, seorang wanita mengandung keguguran semasa merayakan gol pasukan Jerman semasa menentang Portugal.

Wanita 26 tahun itu dikatakan penyokong kuat pasukan Jerman sejak lebih 10 tahun lalu.

Dia dilaporkan menjerit "hat trick!" dan selepas itu melompat-lompat apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-79. Jerman menang perlawanan itu 4-0.

Wanita itu kemudiannya merasa sakit perut dan nampak darah turun. Dia dikejarkan ke hospital dengan segera dan disahkan keguguran.

Dalam satu kejadian lagi, seorang lelaki koma selepas berjaga lewat malam menonton siaran langsung dari Brazil. Menurut doktor, lelaki itu mengalami pendarahan otak. Dia dilaporkan sedang beransur pulih selepas menjalani pembedahan.


Sumber aStro Awani




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP