GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 Julai 2014

#CDM25, PDRM akan Siasat Wanita kaki Buli

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.
"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.

"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang," katanya ketika sidang media penyerahan bungkusan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota PDRM di Bukit Aman, tadi.
Beliau berkata, meskipun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis, pihaknya akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.
"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian," katanya.

Kebanyakan pengguna laman sosial menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadap. Namun ada juga pengguna merasakan perkara ini patut diselesaikan pihak polis.

myMetro

2 Merujuk kepada perkara diatas :

batu pelangi ,  16 Julai 2014 pada 3:01 PTG  

Kereta baru mesti ada cover insurance betina oii. Lu buat la
report polis. Inilah perbezaan antara perempuan dan BETINA!

Tanpa Nama ,  16 Julai 2014 pada 3:17 PTG  

Tindakan bodoh & xmasuk akal. U will get back what u give. & now, rugi diri sendiri bila 1malaysia kecam tindakannya. Xpasal2 raya sebagai selebriti.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP