GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 17 Julai 2014

Pendengar Marah Era FM Temubual Wanita 'Stereng Lock'

Deejay Era FM iaitu Ray, bersama Kiki Kamaruddin. Gambar daripada laman web Era FM.

PETALING JAYA: Stesen Radio Era FM ditegur oleh para pendengar gara-gara menjemput wanita yang gelar 'gadis stereng lock' iaitu Kiki Kamaruddin atau nama sebenar Siti Fairrah Ashykin untuk menjadi tetamu undangan menerusi segmen Johara Pagi Era.

Kebanyakan pengunjung laman sosial Facebook rasmi milik Era FM mempersoalkan tindakan stesen radio itu yang dikatakan memberi publisiti murahan kepada wanita yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga tua yang dikenali sebagai Uncle Sim dalam satu kemalangan kecil di Kuantan Pahang pada petang Isnin lalu.

Sehingga kira-kira pukul 1 petang Khamis, laman sosial Facebook Era FM yang mempunyai 1,432,046 likes itu menerima lebih 700 komen meluahkan rasa tidak puas terhadap stesen itu selepas mereka memuat naik posting dan rakaman video wanita berkenaan membuat permohonan maaf selain perbualannya dengan Uncle Sim yang dilakukan menerusi panggilan telefon. 

Antara komen daripada pengunjung laman sosial Facebook Era FM.

Salah seorang pengunjung Facebook Nur Fatin berkata:"Stop making immoral & ignorant person into some famous instant artist. She Doesnt deserve this Era FM". 

Manakala Hani Amir berkata: "Amboi dah jadi viral baru nak minta maaf... I dont understand why Era invites this girl just for her to say sorry... lepas ni siapa sahaja buat salah dan jadi viral bolehlah Era jemput khas untuk cakap 'sorry'". 

Bagi Mohd Faisal Rahmat: "Pihak rangkaian TV dan radio sangat gemar mengangkat martabat orang yang tengah dalam kes. Sah-sah nak kaut populariti. Cuba fokus pada kerja sedia ada,".

Pada segmen Johara Pagi Era yang dikendalikan oleh Hanif, Ray dan Elfira Loy itu, personaliti berkenaan telah menemubual Kiki Kamaruddin dengan tujuan memberi penjelasan dan memberi peluang membuat permohonan maaf secara terbuka secara eksklusif.

Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran yang dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberi sebarang komen buat sementara waktu kerana satu mesyuarat sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Selain Era FM, sebuah saluran radio berbahasa inggeris iaitu Hits FM juga turut menemubual wanita tersebut.

Rakaman video yang menyaksikan Kiki Kamarudin memaki hamun seorang warga emas iaitu Sin Siak Hong, 68, (Uncle Sim) gara-gara kemalangan kecil menjadi viral di laman-laman sosial apabila insiden itu dikecam oleh orang ramai yang menganggap wanita berkenaan bersifat kurang ajar terhadap individu yang lebih tua.

Dalam rakaman itu Kiki dilihat mengambil pengunci steren milik Uncle Sim lalu memukul kenderaan warga emas itu selain mengeluarkan kata-kata kesat termasuklah menuntut wang ganti rugi RM2,000.

Sumber mStar Online

5 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  17 Julai 2014 pada 5:32 PTG  

Sah pakai kabel la tu...tolong bekap kesalahan..pakai radio bagai..bawak stereng lok x..?

suria lekatlekit 17 Julai 2014 pada 8:08 PTG  

erkk.. masuk paper ke? masa saya update isu ni x nampak artikel dr mana2 akhbar lagi. hahahaha

Tanpa Nama ,  17 Julai 2014 pada 8:20 PTG  

era kn suka cr populariti murahan..tlg la jgn nk back up sgt..biar dia disiasat dl..sbg perempuan, sy sgt malu dgn pbuatan dan tindakan drastiknya

Tanpa Nama ,  17 Julai 2014 pada 11:23 PTG  

stesen radio yg temubual betina samseng ni nampak bodoh

Tanpa Nama ,  18 Julai 2014 pada 11:26 PG  

Era xyahla ko buat publisiti murahan sjuta maaf dr betine tu pun xkan bleh nak bg org malaysia maafkan...dahla muk a nx barape nak cntk perangai mcm org sawan...pah ni ang mati p tanam skali kete tu.patut panggil uncle ru temuramah dia.bdohnya org panggil dia.tgk muke benci aku.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP