GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 5 Ogos 2014

ADA PESTA SUKAN BOGEL DI PANTAI TELUK BAHANG PULAU PINANG ?


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak mengetahui tentang Pesta Sukan Bogel yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini Jun lepas, kata Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau mengeluarkan lesen untuk penganjuran Pesta Sukan Bogel itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya boleh jamin bahawa kerajaan negeri tidak akan memberikan kelulusan.

Saya rasa MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) pun tidak akan memberikan kelulusan.

"Kalau kami mengharamkan kasino didirikan di Pulau Pinang, takkan kami nak beri kebenaran untuk kegiatan salah seperti ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' itu tersebar secara meluas di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan.



Kumpulan itu melukis di badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi yang terletak dalam kawasan Taman Negara itu dan video itu diakhiri dengan acara unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan 'see u in 2015'.

Sementara itu, Perkasa Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini dan meminta polis menyiasat perkara itu.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin menyifatkan pesta yang dikatakan melibatkan sekumpulan pelancong asing dari negara jiran itu sebagai memalukan dan tidak menghormati sentimen masyarakat tempatan.

"Jika benar mereka bukan warganegara Malaysia, Perkasa mendesak pihak berkuasa menyenarai hitam individu terlibat daripada memasuki negara ini pada masa depan supaya perkara jijik sedemikian tidak berulang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau turut meminta maklum balas daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengenai isu itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis sedang mengesan penganjur pesta itu untuk mengenal pasti identiti mereka yang terlibat. - Bernama


Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP