Hina Islam Dengan Najis dan Darah Haid, Ini Gadis Ke Syaitan?
Tweet
Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.
Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.
Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati.
Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum.
Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.
Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.
Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir.
- Sumber - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
1 Merujuk kepada perkara diatas :
..jangan benci islam kerana yang masuk dan membunuh nyawa islam asalnya orang kaitan Us yahudi . kenapa tak benci US yang mengkucar-kacirnya negara lain terutamanya negara Islam.
Catat Ulasan