GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 2 Ogos 2014

RUPANYA,WARGA KOTA TAKUT HANTU

KHIDMAT bomoh yang masih dicari warga kota yang dipercayai dapat memenuhi apa sahaja yang mereka hajati. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Siapa sangka warga kota yang lazimnya hidup penuh sofistikated tetapi masih ada dalam kalangan mereka yang percayakan bomoh sehingga merugikan diri sendiri.

Hakikat itu terbukti apabila Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mendedahkan dalam tempoh dua setengah tahun lalu sebanyak RM1.4 juta kerugian dialami orang ramai di ibu negara yang terlalu percaya dengan cerita rekaan bomoh.
Dalam tempoh itu, kerugian paling banyak dicatatkan ialah pada tahun 2012 membabitkan sebanyak RM1 juta apabila seramai 20 mangsa membuat laporan polis selepas mereka menyedari menjadi mangsa penipuan bomoh.
Pada tahun 2013 pula sebanyak enam kes penipuan membabitkan kerugian RM300,000 manakala sehingga bulan Jun lalu, tiga mangsa mendakwa ditipu sebanyak RM40,000 oleh bomoh terlibat.
Sebahagian besar mangsa yang terlibat dalam kes penipuan ini mendakwa bomoh yang ditemui mampu memberikan kekayaan kepada mereka, boleh menolak bala serta mempunyai kuasa untuk menghalau hantu.
Izany berkata, polis sebelum ini sedaya upaya mendidik masyarakat supaya tidak mempercayai bomoh namun usaha tersebut diakui belum membuahkan hasil 100 peratus.
“Saban tahun, polis tetap menerima kes-kes mangsa yang kerugian angkara tertipu dengan bomoh.
“Dalam banyak kes, kita sendiri hairan bagaimana seorang warga kota yang hidup di tengah-tengah kemodenan boleh tertipu dengan cerita karut dan tidak boleh diterima akal,” kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, hasil siasatan kebanyakan mangsa terlibat adalah mereka yang berpelajaran tinggi malahan ada sudah hidup mewah namun masih terpedaya dengan janji bomoh berkenaan.
Katanya, bomoh terlibat menggunakan modus operandi yang hampir sama iaitu mendakwa mampu berkomunikasi dengan hantu, berkebolehan menghalau hantu, menolak bala, mengubah nasib atau menyembuh penyakit.
Izany memberitahu, mangsa yang terjebak dengan bomoh hanya menyedari diri ditipu apabila bomoh berkenaan menghilangkan diri selepas menyerahkan barangan berharga milik mereka.
Menurut beliau, kes terbaharu pada bulan lalu melibatkan seorang wanita berusia 55 tahun yang berasal dari Kepong di sini yang kerugian kira-kira RM8,500 kerana percaya ramalan seorang lelaki kononnya mampu mengubah nasib seseorang.
“Dalam kes itu, lelaki terbabit dikenali sebagai Master Kao meminta mangsa menyerahkan sejumlah wang untuk membeli peralatan sembahyang bagi menilik nasibnya.
“Mangsa kemudiannya telah memasukkan wang sebanyak RM8,500 secara berperingkat ke dalam akaun yang diberikan suspek. Lelaki berkenaan bagaimanapun menghilangkan diri selepas wang dimasukkan,” katanya.
Jelasnya, mangsa tidak sedar diri ditipu walaupun suspek berkali-kali meminta wang yang banyak daripadanya tanpa melakukan apa-apa.
“Mangsa sebaliknya hanya menyedari diperdaya selepas gagal menghubungi suspek yang telah melarikan diri dengan semua wang miliknya,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak terlalu taksub untuk mempercayai bomoh atau tukang tilik kerana hakikatnya kebanyakan individu terbabit sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berbuat apa-apa.
Sumber KOSMO!


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP