GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 11 Oktober 2014

#Bajet2015: Cuepacs Tak Puas Hati

Presiden Cuepacs, Azih Muda.

PETALING JAYA: Bajet 2015 secara keseluruhannya tidak menceriakan penjawat awam, demikian kata Presiden Cuepacs, Azih Muda.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah 'bunga-bunga' sahaja tanpa memberikan satu gambaran jelas khususnya kepada penjawat awam.

"Cuepacs tidak berpuas hati kerana tiada pengumuman tentang semakan gaji atau kenaikan gaji penjawat awam yang mempunyai gaji statik.

"Penjawat awam tidak seperti ahli perniagaan yang mana pendapatan mereka berubah-ubah.

"Ketiadaan semakan gaji atau kenaikan menyebabkan penjawat awam tertekan dan tidak dapat mengekang kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, katanya, dari segi bonus, Cuepacs berterima kasih dengan bonus gaji setengah bulan, tetapi ia bukanlah seperti yang diharapkan iaitu bonus dua bulan.

"Walaupun dari segi indeks pencapaian antarabangsa menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, tetapi inikah pengiktirafan yang diterima penjawat awam, sedangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dinaikkan," katanya yang menganggap pencapaian ini tidak setanding dengan gaji.

Azih berkata, keputusan kerajaan menghapuskan wang proses pinjaman perumahan, peningkatan pinjaman perumahan dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam tetap dihargai.

Menerusi pembentangan Bajet 2015, selain pengumuman berkaitan bonus, kerajaan memberi perhatian berkaitan pembiayaan memiliki rumah di kalangan penjawat awam dengan menaikkan had kelayakan minimum pinjaman kepada RM120,000 berbanding RM80,000 sebelum ini, manakala had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Selain itu, pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M akan ditingkatkan dengan meluluskan sebanyak 10,639 unit rumah, juga menurunkan harga minimum rumah PPA1M kepada RM90,000 berbanding RM150,000 seunit sebelum ini serta menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000.
Sumber mStar Online

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 11 Oktober 2014 pada 8:14 PG  

Jadi2 lah penjawat awam dimanjakn melampau. Kerja seringgit mau di upah sapuluh ringgit.
Masa kerjs lebih banyak melabun dari bersungguh.
Faedah dapat sampai kakubur dn lebih......pencen.
Renungkn apa siksanya orang kerja sendiri atau dgn swasta!

Tanpa Nama ,  11 Oktober 2014 pada 6:46 PTG  

Ini namanya tak bersyukur..taklah tiap tahun nmak semak gaji. Nelayan dan petani tu gaji mereka siapa nak semak mereka juga berdepan dengan kossara hidup tinggi...Kereta pegawai kerajaan besar-besar belaka berbanding dengan kesungguhan mereka bekerja...jam 9.oo pagi dah ada kat kedai kopi siap pakai tali leher dan nametek..malule sikit dengan orang awam

Unknown 11 Oktober 2014 pada 7:05 PTG  

tak semua penjawat awam bersikap begitu, seekor kerbau membawa lumpur, habis semuannya terpalit.Renung-renungkan.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP