GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 November 2014

BERPINDAH DOMAIN



Relevan Sokmo telah berpindah Domain http://ohgasak.com

Sila Layari http://ohgasak.com

Terima Kasih kerana terus untuk Setia 

























Read more...

Isnin, 3 November 2014

Berhenti kerja demi cinta

YU menyuapkan makanan kepada kekasihnya di hospital di Henan.

Seorang pemuda berusia 24 tahun di Shandong sanggup berhenti kerja dan berpindah ke Henan untuk menjaga kekasihnya yang menghidap barah.

Yu Haining menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Fan Huiziang, 25, sejak lima tahun lalu.
Selepas mengetahui kekasihnya itu disahkan menghidap barah Jun lalu, dia serta-merta meletakkan jawatan untuk menjaganya.

Yu bersungguh-sungguh mahu mengahwini Fan secepat mungkin.

“Tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa bersamanya,” kata lelaki itu kepada wartawan ketika ditemui di hospital di Henan.

“Kerana cinta, saya memegang erat tangan kamu. Kerana cinta juga, saya mengharapkan keajaiban. Saya berharap sangat anda bersetuju menjadi isteri saya dan terima saya menjadi suami kami,” kata Yu kepada kekasihnya itu.

Fan pula berkata, perasaannya bercampur-aduk walaupun mengaku bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dengan Yu.

“Semua wanita mahu berkahwin. Tetapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya boleh hidup. Jika saya bersetuju menerima lamarannya dan meninggalkannya kemudian, apa yang boleh dia lakukan,” kata wanita itu.

Kisah cinta Yu itu mendapat pujian ribuan pengunjung laman sosial.

Seorang pengunjung menulis: “Anda meyakinkan saya mengenai cinta.” 

- Agensi

Read more...

Ahad, 2 November 2014

Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudulHappy New Year.
Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yang memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.

Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.

mStar Online


Read more...

Kopi baja asli penawar kanser ?

Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah - baja asli yang direndam dengan air.

Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.

Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.

Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. 

- Agensi

Read more...

Perempuan simpanan tolak cinta disaman


Seorang lelaki kaya yang mencurahkan kemewahan melampau kepada wanita simpanannya dari segi kewangan dan hadiah, mengambil keputusan menyaman wanita itu selepas dia menolak lamarannya atas alasan tidak lagi mencintainya.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai Chang, mula berpacaran dengan wanita berusia 17 tahun itu sejak beberapa tahun lalu ketika Chang masih beristeri.

Dia membelanjakan puluhan ribu dolar untuk membawanya melancong dan membeli hadiah, termasuk kereta sport.

Selepas berlarutan selama dua tahun, Chang bercerai dengan isterinya untuk tinggal bersama wanita simpanannya itu.

Bagaimanapun, apabila dilamar, wanita muda itu menolaknya dan berkata, dia tidak lagi mencintai Chang.

Chang kemudian mendapati dia sudah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorang anak April lalu.

Ia mendorong lelaki itu menyaman bekas wanita simpanannya itu sebanyak AS$600,000 (RM1.8 juta).

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Chang berkata, wang diberikan kepada wanita itu hanya pinjaman dan dia juga mengenakan faedah.

Wanita itu bagaimanapun berkata, dia mengorbankan keremajaan dan kecantikannya kepada Chang selama beberapa tahun.

Mahkamah akan memutuskan kes itu minggu depan.

 - Agensi

-

Read more...

Pahang menang secara penalti 5-3,Pertahan Trofi Piala Malaysia 2014, Impian JDT Lebur


KUALA LUMPUR: Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.
Pahang selaku juara bertahan membuka jaringan awal pada minit ke-14 melalui tandukan padu penyerang import, Dickson Nwakaeme selepas menerima hantaran kemas dari Azidan Sarudin.

Juara Piala FA musim ini yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu mempamerkan aksi kemas di bahagian pertahanan malah turut melakukan beberapa serangan menguji penjaga gol JDT, Al-Hafiz.

Namun JDT mula menjumpai rentak permainan selepas  penyerang kelahiran La Roja, Argentina Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan.

Hanya selepas tiga minit jaringan Diaz,24, keadaan stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan penyokong JDT apabila Luciano Figueroa diberi sepakan percuma selepas bola terkena lengan pemain Pahang.

Figueroa meledak gol kedua Harimau Selatan dengan sepakan penalti sempurna menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Khairul Azhan.

Bersambung ke babak kedua permainan, peluang JDT untuk menambah gol gagal dimanfaatkan oleh Figueroa yang berlari secara solo sebelum melepaskan sepakan yang terkena tiang.

Pada minit ke-68 keadaan sedikit ‘panas’ apabila pemain Pahang Saifulnizam dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Namun tiga minit selepas insiden tersebut,  Nwakaeme (71’) berjaya menyamakan kedudukan dengan gol keduanya sekaligus meredakan sedikit  kemarahan penyokong-penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah itu.

Jaringan penyamaan Nwakaeme itu menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.

Bagaimanapun kelebihan JDT menentang 10 pemain gagal dimanfaatkan sehingga penentuan terakhir melalui sepakan penalti dan berpihak kepada Pahang.

SENARAI PEMAIN:

Johor DT: Al-Hafiz Hamzah (PG), Mahali Jasuli,, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Shakir Shaari,Safiq Rahim (k),Jasazrin Jamaludin,Amri Yahya,Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa

Jurulatih: Bojan Hodak

Pahang: Khairul Azhan (PG), Saifulnizam Miswan, Damion Steward, Razman Roslan (K), Shahrizan Salleh, Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, Faizol Hussain, R.Gopinathan, Matias Conti, Dickson Nwakaeme

Jurulatih: Zainal Abidin Hassan
mStar Online

Read more...

Sabtu, 1 November 2014

TEMBAK DENGAN PAYUDARA


Polis di Jerman melancarkan gerakan memburu seorang wanita berbadan gempal yang mencuri di sebuah farmasi selepas menyembur pekerja dengan susu badannya.

Menurut polis, wanita berkenaan menyembur susu ke arah kakitangan untuk mengalihkan perhatian mereka supaya dia boleh mencuri duit dari mesin juruwang.

Wanita itu yang digelar polis ‘Penyembur Susu’ dikatakan membeli pam susu berharga 20 euro (RM82) dari farmasi berkenaan di Darmstadt dan membayar dengan wang not 200 euro (RM827).

“Ketika juruwang menyerahkan wang baki 180 euro (RM744), wanita itu menyelak blausnya, mengangkat payudara kanannya dan menyembur susu ke arah muka kakitangan itu,” kata jurucakap polis Ferdinand Derigs.

Dia kemudian beralih ke juruwang kedua dan menghalakan payu daranya ke muka mangsa sebelum memancutkan susunya sekali lagi.

“Pekerja dan pelanggan dalam farmasi itu tergamam kerana tidak pernah berdepan dengan tindakan seperti itu.

“Si Penyembur Susu yang berusia antara 35 dan 40 tahun melakukan serangan itu Isnin lalu,” kata Derigs.

Pekerja menceritakan bagaimana dia ‘menekan dengan kuat payudaranya untuk menyemburkan banyak susu pada muka mereka.

Polis berkata, selepas serangan itu, wanita berkenaan berpura-pura terkejut, keluar dari farmasi berkenaan dengan payudaranya masih terkeluar dari blausnya.

Pekerja kemudian mendapati wang sebanyak 100 euro hilang dari mesin juruwang.

“Dia sengaja mencetuskan kekeliruan untuk mencuri. Ini jenayah paling luar biasa. Kami belum pernah berdepan dengan kes seperti ini,” kata Derigs.

Sumber



Read more...

Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT lwn Pahang


Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT lwn Pahang

JDT lwn Pahang (8.45 mlm, Stadium Nasional Bkt Jalil)

Boleh Saksikan diSini ( myKlik RTM )


Pertembungan kawan lama


SAFIQ (kiri) dan Razman merupakan kawan lama ketika kedua-duanya bermain untuk Selangor pada 2009 dan 2010 lalu.

KAPTEN pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Safiq Rahim akan berdepan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Mohd. Razman Roslan yang kini mengemudi benteng pertahanan Pahang pada aksi final Piala Malaysia 2014.

Kali ini, Safiq dan Razman akan bertembung antara satu sama lain dalam pasukan yang berlainan setelah bersama-sama membantu Selangor merangkul kejuaraan Liga Super dua kali berturut-turut dan Piala FA pada 2009 dan 2010 lalu.
Perancang Harimau Malaya itu kini bersedia melupakan istilah kawan menjelang pertembungan getir antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Kami beraksi dalam pasukan yang berbeza kali ini. Saya dengan Johor DT dan Razman dengan Pahang ketika ini.
“Ini ditambah pula kami berdua merupakan kapten pasukan. Jadi kami harus bertindak dan melaksanakan kerja secara profesional.
“Bagi saya, ketika dalam padang istilah kawan ini terpaksa dilupakan sekejap kerana kami ada sasaran masing-masing untuk dicapai.
“Saya harap, kami sebagai pemain daripada kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang terbaik esok (malam ini),” katanya sewaktu sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Sementara itu, Safiq mengakui amat mengidamkan gelaran juara Piala Malaysia musim ini bagi melengkapkan trofi yang dimenangi sepanjang karier bola sepaknya sejak bermula bersama skuad Selangor pada 2007 lalu.
“Semua pemain dalam Malaysia hendak capai sasaran tak kira Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Jadi sudah tentu secara individu, sudah tentu saya mahukan kejuaraan Piala Malaysia.
“Apa-apa pun, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya.
KOSMO!

Read more...

PRAMUGARI JELITA BIKIN HEBOH

GAMBAR Theresia yang diambil dari akaun Facebooknya. 

Jakarta: Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.

Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.

Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.

Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.

Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.
Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.

Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. 

- Agensi



Read more...

Berang tunang mekap seperti wanita tua

BAKAL pengantin perempuan terbabit menangis selepas ditinggal tunangnya. 

Ikon Hollywood Audrey Hepburn pernah berkata: "Seorang wanita semakin cantik apabila dia semakin berusia."

Sentimennya itu bagaimanapun jelas tidak dipersetujui oleh seorang bakal pengantin lelaki di sini.

Kelmarin, seorang lelaki bertindak meninggalkan tunangnya selepas wanita itu muncul untuk penggambaran praperkahwinan mereka dengan memakai mekap yang melihatnya seperti wanita tua.

PASANGAN bakal pengantin itu bertengkar selepas wanita itu tiba untuk rakaman gambar praperkahwinan dengan wajah wanita tua.

Keadaan yang sepatutnya ceria berubah menjadi keruh dengan ketibaan bakal pengantin perempuan itu.

Pasangan itu bertengkar selepas lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mekap bakal isterinya.

Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP