GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzik. Papar semua catatan

Ahad, 23 Disember 2012

Gangnam Style lakar sejarah


PSY beraksi di konsert Jingle Ball tajaan stesen radio KIIS FM di Los Angeles, California pada 3 Disember lalu.

SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menyambut gembira kejayaan klip video lagu tarian kudanya, Gangnam Style yang mencecah angka satu bilion tontonan di laman perkongsian video YouTube semalam.
Gangnam Style mencipta sejarah apabila menjadi klip video pertama melepasi angka 10 digit berkenaan.
Lagu Gangnam Style yang dimuat naik di laman web berkenaan pada 15 Julai lalu mencecah angka satu bilion tontonan sekitar pukul 11.50 malam waktu Malaysia kelmarin.
Setakat pukul 2.30 petang semalam, lagu rap popular itu sudah ditonton sebanyak 1,010,321,921 kali.
"Gangnam Style akhirnya menjadi #BillionStyle!!!" kata Psy di laman Twitternya berhubung pencapaian tersebut.
Antara mereka yang pertama mengucapkan tahniah kepada Psy, 34, berhubung kejayaannya termasuk bintang rap era 90-an yang popular dengan lagu U Can't Touch This, Mc Hammer.
Psy mengucapkan terima kasih kepada pengurus baharunya Scooter Braun kerana membantu mempromosikan klip video lagu berkenaan.
"Saya mencipta 100 juta (tontonan) dan anda mencipta 900 juta lagi, saudaraku yang berlainan ibu (Braun)," kata Psy di laman Twitternya.
Braun turut menguruskan bintang pop kelahiran Kanada, Justin Bieber yang sebelum ini mengungguli senarai tontonan terbanyak di YouTube menerusi lagunya, Baby.
Bieber masih di tempat kedua apabila lagu popular itu mencatat lebih 813 juta tontonan setakat ini.
Laman web agensi carta lagu Amerika Syarikat, Billboard.com pula melaporkan lagu Gangnam Style menjana perolehan AS$2,000,000 (RM6.1 juta) daripada siarannya di YouTube atau pada kadar AS$2 untuk setiap 10 tontonan.
Pendapatan daripada muat turun lagu digital lagu 'panas' itu kini mencecah angka AS$6.01 juta (18.3 juta) sejak lima bulan lalu. - AFP
* Sumber

Read more...

Sabtu, 22 Disember 2012

Psy Gangnam Style Beli Rumah RM3.8 Juta Secara Tunai


Psy
SEOUL: Penyanyi dan komposer Psy yang mencipta fenomena dunia menerusi laguGangnam Style dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi.
Gambar kondomonium yang baharu dibeli Psy bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta)
Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi.
Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 19 Disember 2012

Keranda dilengkapi Muzik untuk dijual

Foto : Orange

STOCKHOLM - Seorang warga Swedia menciptakan peti mati yang dilengkapi dengan speaker stereo. Menurutnya, peti mati itu cocok bagi pecinta musik yang meninggal dunia.

Peti mati karya Fredrik Hjelmquist dibangun dengan dana sebesar 18.500 Poundsterling atau sekira Rp290 juta (Rp15.728 per 1 Poundsterling). Peti mati itu bisa digunakan semua orang untuk memutar lagu-lagu favoritnya sebelum akhirnya mereka meninggal dunia.

Hjelmquist membangun peti itu dengan dua buah speaker empat inci yang dilengkapi tweeter dan subwoofer. Peti itu juga dilengkapi amplifier dan interior kayu yang yang dilengkapi dengna pendingin.

Peti mati itu jelas tidak akan mengganggu tetangga karena interior peti mati itu ditambal dengan peredam. Hjelmquist pun mengatakan, penemuannya adalah sesuatu yang belum pernah ada di dunia ini.

"Saya sudah membuat peti pribadi saya, namun saya berharap saya tidak menggunakan dalam beberapa tahun ke depan ini," ujar pria berusia 48 tahun itu, seperti dikutip Orange, Rabu (19/12/2012).

"Hanya karena kalian sudah meninggal, tidak berarti kalian tidak bisa merasakan kekuatan musik. Peti ini dirancang bagi pelanggan yang memiliki semangat musikalitas di hidupnya. Musik merupakan semangat terbesar saya dan saya akan membawanya hingga ke liang kubur," tutupnya.

* Sumber okezone.com


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP