GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Januari 2010

Catatan perjalanan ( Kuala Lumpur )

Cuti tahun baru 2010 hari jumaat lalu membawa kesempatan kawan dan anak anak serta akak berjalan jalan makan angin dengan menaiki kereta ke Bandar raya Kuala Lumpur..Dalam kesempatan yang ada juga kami menjengah sahabat yang lama di Rawang selangor..

Highway Karak sewaktu pagi

Align LeftAda yang best bila masuk tol sebab akak telah meng top up kan kad sesentuh tol dengan 100rm..yang tak best pula kawan tak dapat lah lalu depan tol manual dan jeling jeling awek jurutol terbabit..taktik ini telah lama akak praktikkan..

Target kami adalah untuk ke KLCC bagi memenuhi permintaan angah untuk ke PetroSains..kawan pula berkesempatan juga menunaikan fardhu jumaat di Mesejid KLCC..terasa kawan berada dinegara Morroco sebab kawan dikelilingi jemaah berkulit hitam..
Ramai nye orang..terasa diri kawan berada dinegara asing sebab orang orang yang datang kesini bila berlaku cuti umum majoritinya adalah warga warga asing..sukar untuk kawan memahami percakapan dia orang..ada yang putih ada yang hitam legam yang berkilat dan yang berwarna cokelat..


Menara berkembar mercu tanah air nampak tersergam gagah..tapi telah berjaya juga dipanjat oleh pemanjat bangunan ( SpiderMan dari Peranchis )


Pemandangan dari dalam pusat membeli belah..ramai juga orang..suka kawan nyatakan kawan cukup suka naik tangga bergerak..

Jam 10 malam kami pulang setelah kawan terasa begitu tak larat lagi untuk berjalan kaki..Sesampai plaza tol Gombak kawan cuba menghala kereta ke tol manual tapi akak dengan lantang berkata.. '' Lor kan ke tadi dah masuk duit kat kad Touch n go ''?...

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP