GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Januari 2010

Catatan perjalanan ( Kuala Lumpur )

Cuti tahun baru 2010 hari jumaat lalu membawa kesempatan kawan dan anak anak serta akak berjalan jalan makan angin dengan menaiki kereta ke Bandar raya Kuala Lumpur..Dalam kesempatan yang ada juga kami menjengah sahabat yang lama di Rawang selangor..

Highway Karak sewaktu pagi

Align LeftAda yang best bila masuk tol sebab akak telah meng top up kan kad sesentuh tol dengan 100rm..yang tak best pula kawan tak dapat lah lalu depan tol manual dan jeling jeling awek jurutol terbabit..taktik ini telah lama akak praktikkan..

Target kami adalah untuk ke KLCC bagi memenuhi permintaan angah untuk ke PetroSains..kawan pula berkesempatan juga menunaikan fardhu jumaat di Mesejid KLCC..terasa kawan berada dinegara Morroco sebab kawan dikelilingi jemaah berkulit hitam..
Ramai nye orang..terasa diri kawan berada dinegara asing sebab orang orang yang datang kesini bila berlaku cuti umum majoritinya adalah warga warga asing..sukar untuk kawan memahami percakapan dia orang..ada yang putih ada yang hitam legam yang berkilat dan yang berwarna cokelat..


Menara berkembar mercu tanah air nampak tersergam gagah..tapi telah berjaya juga dipanjat oleh pemanjat bangunan ( SpiderMan dari Peranchis )


Pemandangan dari dalam pusat membeli belah..ramai juga orang..suka kawan nyatakan kawan cukup suka naik tangga bergerak..

Jam 10 malam kami pulang setelah kawan terasa begitu tak larat lagi untuk berjalan kaki..Sesampai plaza tol Gombak kawan cuba menghala kereta ke tol manual tapi akak dengan lantang berkata.. '' Lor kan ke tadi dah masuk duit kat kad Touch n go ''?...

16 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 4 Januari 2010 pada 10:19 PG  

Selamat bermakan angin weh...dan terima kasih kerana belanje mengetea kawan pagi tadi, apa pun hari kawan bz tahan raban hehehehe.........

mr.kordes 4 Januari 2010 pada 10:25 PG  

kah kah kah!!pandai la akak.....hahaha...tk dpt la nk ngorat bang..hahaha...


seronok jalan2 ha!!!

Hanisham Ab Halim 4 Januari 2010 pada 11:03 PG  

Abg Syed,
Taktik aok tu dah ade dalam pale otak akak je. Cuba cari idea lain pulok....

Ateh Nour 4 Januari 2010 pada 11:19 PG  

Assalamualaikum, en relevan, keh rasa aok nih dah kena queen control..hehehe...

Ateh Nour 4 Januari 2010 pada 11:20 PG  

Tak pada pulas lah aok nok mengorat dah...

abu muaz 4 Januari 2010 pada 11:53 PG  

saya kalau lalui tol karak siap minta nombor telepon jurutol (yg perempuan la)ha,ha.... akak tak sempat jeling pun

Tanpa Nama ,  4 Januari 2010 pada 12:37 PTG  

Garangnya ahkak.. :D

Relevan 4 Januari 2010 pada 1:00 PTG  

* Heh heh en Yassin..tadi ada juge kawan ngajok Echam sama ngetea tapi dia tak mboh..

* Akak sama Pakcik Kordi dah kenal..hehe ..dia ok tapi garang..

* Tengah duk fikirkan idea yang baru pula ni Echam..

* Wslm Lipis Lady..aduhh!

* Salam en Abu Muaz..akak tak ikut en Abu padan lah dia tak jeling pun..

* Macam tu lah Intan..Garang dia garang kejap saje..kalu garang lebih2 dia balik naik bas..betapa kejam nye kawan ni..hehe!

Relevan 4 Januari 2010 pada 3:38 PTG  

* Seronok sangat Sharinginfoz..
jauh perjalanan luas pemandangan dan habis duit..hehe!

myQza 4 Januari 2010 pada 9:41 PTG  

ha ha ha..
cara yg amat sesuai untuk di praktik oleh para isteri.. ekekekeke

touch n u can gO!

sha 4 Januari 2010 pada 10:54 PTG  

nampak gayanya elok benor akak tuh ngikut aok kemana aok pegi..hehe

saharul 5 Januari 2010 pada 12:32 PG  

ambik hati si dia ke...hehehe

Relevan 5 Januari 2010 pada 10:18 PG  

* Bes kiki jom jalan2..

* Cari juga Maiyah kat KL..tapi tak berjumpa..

* Nanti ko bile dah bergelar isteri ko tau lah..

* Akak ada time dia akan mengikut lah Sha..

* Heh he Cik gu..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP