Mesyuarat operasi
Semalam 07hb Jan 2010 permulaan mesyuarat operasi di Syarikat tempat kawan bekerja.. Setelah membuat pemanduan berhemah jarak 130km dua hala dengan membawa kereta sendiri membolehkan kawan membuat klim perjalanan sebanyak 65rm maka kawan sampai ke ibu pejabat pengurusan didaerah Temerloh..
Awal tahun mesti banyak perkara dan isu yang berbangkit daripada pihak penyeliaan operasi maupun daripada pihak penyelarasan kenderaan..Macam biasa sebelum mesyuarat dimulakan kawan bertemu kawan rapat bernama Kama pening..pening adalah gelaran bagi kami kepada beliau kerana beliau sememang nya selalu pening dalam setiap urusan..terutama dalam urusan kerja..
'' Sori yak koi tak dapat mesyuarat sama aok semer kerana kawan terpaksa memberi ceramah tentang pengurusan membungkus suratkhabar dan botol dengan sempurna hari ini ''..kata Kama pening dengan senang hati kerana berjaya melepaskan diri dalam mesyuarat kali ini...
Seperti biasa dalam kebiasaan mesyuarat yang lepas lepas ''boss'' pengurusan akan memberi segala amanat dan juga tidak ketinggalan ceramah motivasinya kearah kecemerlangan dalam bekerja..beliau seorang yang bijak dalam berkata ..sinis tapi memikat ..Setelah selesai bahagian beliau dan berundur diri ..acara mengetea pula tiba..hanya tea o dan kuih apam pisang,pulut panggang dan bingka jagung..alhamdullilah boleh lah..
Setelah siap mengetea.. pengerusi mengambil alih iaitu seorang eksekutif yang baru dalam jawatan beliau..sebelum ini beliau seorang penyelia operasi..oleh kerana beliau seorang yang berwibawa dalam kerja maka Syarikat melantik beliau sebagai eksekutif operasi..
Punya lah seronok bermesyurat dan ada yang mula menguap nguap dan ada juga yang berSMS..segala isu dibentang dari skrew kepada kepala lori maka tamatlah mesyuarat pada petang itu..
**Untuk pengetahuan ..kami semua bermesyuarat hingga lupa untuk makan tengahari..jam 4ptg sebelum waktu asyar barulah kome semua makan tengahari..