GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Januari 2010

Mesyuarat operasi

Semalam 07hb Jan 2010 permulaan mesyuarat operasi di Syarikat tempat kawan bekerja.. Setelah membuat pemanduan berhemah jarak 130km dua hala dengan membawa kereta sendiri membolehkan kawan membuat klim perjalanan sebanyak 65rm maka kawan sampai ke ibu pejabat pengurusan didaerah Temerloh..

Awal tahun mesti banyak perkara dan isu yang berbangkit daripada pihak penyeliaan operasi maupun daripada pihak penyelarasan kenderaan..Macam biasa sebelum mesyuarat dimulakan kawan bertemu kawan rapat bernama Kama pening..pening adalah gelaran bagi kami kepada beliau kerana beliau sememang nya selalu pening dalam setiap urusan..terutama dalam urusan kerja..

'' Sori yak koi tak dapat mesyuarat sama aok semer kerana kawan terpaksa memberi ceramah tentang pengurusan membungkus suratkhabar dan botol dengan sempurna hari ini ''..kata Kama pening dengan senang hati kerana berjaya melepaskan diri dalam mesyuarat kali ini...

Seperti biasa dalam kebiasaan mesyuarat yang lepas lepas ''boss'' pengurusan akan memberi segala amanat dan juga tidak ketinggalan ceramah motivasinya kearah kecemerlangan dalam bekerja..beliau seorang yang bijak dalam berkata ..sinis tapi memikat ..Setelah selesai bahagian beliau dan berundur diri ..acara mengetea pula tiba..hanya tea o dan kuih apam pisang,pulut panggang dan bingka jagung..alhamdullilah boleh lah..

Setelah siap mengetea.. pengerusi mengambil alih iaitu seorang eksekutif yang baru dalam jawatan beliau..sebelum ini beliau seorang penyelia operasi..oleh kerana beliau seorang yang berwibawa dalam kerja maka Syarikat melantik beliau sebagai eksekutif operasi..

Punya lah seronok bermesyurat dan ada yang mula menguap nguap dan ada juga yang berSMS..segala isu dibentang dari skrew kepada kepala lori maka tamatlah mesyuarat pada petang itu..

**Untuk pengetahuan ..kami semua bermesyuarat hingga lupa untuk makan tengahari..jam 4ptg sebelum waktu asyar barulah kome semua makan tengahari..

16 Merujuk kepada perkara diatas :

mr.kordes 8 Januari 2010 pada 9:34 PG  

seronok mesyuarat?pelik tu...hahha...ada ygmenguap ade yg sms..tk seronok la gitu..haha...

lmbt mkn msk angin..kehkehkeh!!!

Aku Anak Pahang 8 Januari 2010 pada 10:29 PG  

Kirim salam kat kama Pening tu kawan lama kawan tu....hehehe, kala kama tu laa...

Relevan 8 Januari 2010 pada 10:43 PG  

* Heh heh Pakcik Kordi..yang menguap tu lapor..yang SMS tu takut bini..nak SMS kat rumah takot lesung batu naik kepala..

* Hehe en Yassin..Kama yang tu dah bertugas ke negeri Selangor..ini Kama yang lain..

Redz da Tsar 8 Januari 2010 pada 11:08 PG  

Haha...

Mesyuarat nie seronok atau 'seronok'? Hehe...

Aku respek kama, hebat dalam mencari peluang

Relevan 8 Januari 2010 pada 11:36 PG  

* Ha ha Redz da Tsar..menyeronokan..

* A'ah Mazru ..Kadang kadang jadi hebat mesyuarat tu..nak pula bila ada yang manis2 kat hadapan kita..

Hashim Zabidi 8 Januari 2010 pada 12:18 PTG  

Patutnya mesyuarat pangkal tahun nih kena dua tiga hari baru sedap. Kenduri sakan. Bukankah duit tahun lepas masih banyak bakinya?

Silap, silap (org cina kata silap tu sedap).

Relevan 8 Januari 2010 pada 12:36 PTG  

* Mesyuarat koperasi paling besh Pak Hashim..ada elaun kehadiran ada elaun minyak..ada yang ambil nama saja..time terima elaun tiba tiba muncul..

myQza 8 Januari 2010 pada 1:31 PTG  

seronoklah tu mesyuarat sampai makan pun x ingat.

akau kalau mesyuarat ingat nak makan free jek

ekekekeke

Abeli Rosli 8 Januari 2010 pada 3:14 PTG  

salm weh rodong koi.... bukan main lagi awok... masa mesyuarat ngaloh ceo...

Tanpa Nama ,  8 Januari 2010 pada 3:33 PTG  

part mengetea tu yg paling best..ye tak

Finaz 8 Januari 2010 pada 5:53 PTG  

hehe mesti seronok sgt kan.. sampai boleh kata seronok bermesyuarat ...hee

Relevan 8 Januari 2010 pada 6:45 PTG  

* Betul lah Tedi..selalu mesyuarat ada beskut meri jer..

* Weh Abeli..macam beskut dah ni..kejap aok ada kejap aok takder..

* Tea tak leh minum banyak2 dah skrg Redning..Sayangi kaki kita..

* Tu yang duk main SMS tu Maiyah..

* Seron0k Finaz tengok Setiausaha pencatat minit..

saharul 8 Januari 2010 pada 8:11 PTG  

sekali sekala seronok, tapi kalo seminggu sampai 2,3 kali mesyuarat..bapok le hamunnya..hehehe

Relevan 9 Januari 2010 pada 8:10 PG  

* Jadi cikgu tentu banyak kali mesyuarat..kome 3 bulan sekali jer..kecuali ada kes dan emergency..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP