Satu Sukaneka pekerja AFSB PSA3 Jerantut telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb Februari 2010 ( Ahad ) di Lata Meraung Lembah Kiol..kawasan reakriasi yang terdapat didaerah Jerantut ini..Sambutan dari pekerja amat mengalakan..
Banyak juga acara acara Sukaneka ini dipertandingkan :
1. Lari bawa Lilin ( Suami Isteri )
2. Cucuk benang dalam lubang jarum ( Wanita )
3. Kupas buah epal ( Wanita )
4. Bawa bola pingpong dalam sudu ( Kanak kanak )
5. Semakin jauh semakin sayang ( Suami Isteri )
6. Sepak raga bulat ( Lelaki )
7. Tiup belon sampai pecah ( Kanak kanak )
8. Isi air dalam botol ( Kanak kanak )
9. Boling kelapa ( Lelaki dan wanita )
10. Rebut gula gula ( Kawan nak masuk acara ini tapi penganjur tidak membenarkan )
Sambutan dari keluarga semua mengalakan sangat.. Ini adalah acara mengupas buah epal ( kawan cuma dapat makan buah epal tersebut )Meniup belon sampai pecah acara untuk kanak kanak ..orang dewasa tidak dibenarkan bimbang kehabisan nafas ( semput )
Ini penunggu botol untuk acara Boling Kelapa..punya lah payah nak menumbangkan botol tersebut.. .
Sepak raga bulat..ada yang kaki bangku kaki kerusi semua dibenarkan menyertai..
Semakin jauh semakin sayang..membaling belon berisi air kepada suami dan sebaliknya..selagi jauh jarak tanpa memecahkan belon tersebut maka dianggap juara..
Yang ni acara Kelapa beracun ( kelapa maut ) .
Penyampaian hadiah
Menerima hadiah hamper cabutan bertuah .
Acara terakhir makan makan.. .
Akhir kata dari pihak Jawatan kuaSa..setelah berjaya menjayakan sukaneka kali ini maka pada tahun hadapan bercadang untuk berSukaneka diluar daerah Jerantut pula..
.
Terdapat beberapa cadangan tempat yang disuarakan oleh beberapa pekerja :
.
1. Pantai Balok Kuantan
2. KLCC
3. Lembah Pangsun Hulu Langat
4. Langkawi
5. Batam Indonesia
.
*** Kawan memang nak sangat ke Batam Indonesia tapi untuk kaum lelaki sahaja..he he he!
Read more...