GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat PIBG lagi ( SKBJ )

Kali ini mesyuarat PIBG di SKBJ pula.. iaitu sekolah tempat dimana Aina belajar .. Dimulakan dalam jam 0900 pagi ..setelah pendaftaran dibuat maka bermulalah ucapan ucapan daripada yang dipertua PIBG diikuti Penasihat iaitu Tuan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah ( cuma wakil ) agaknya Pegawai Pelajaran Daerah sibuk macam Yb.. kehadirah ahli ahli cukup memberangsangkan juga ..

Setelah perasmian maka mesyuarat pun dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat serta Laporan kewangan .. Berkenaan dengan yuran PIBG semua berpuas hati ..Setelah perlantikan AJK peringkat atas maka perlantikan Ahli Jawatan Kuasa biasa dikalangan ibu bapa pula dilantik ..

Encik Mohd Sapingi : Saya cadangkan encik Syed Azman bin Syed Zahari sebagai AJK ..

Encik Syed Azman : Erk... Ops ops ! sebelum ada yang sokong dengan berhematnya saya menarik diri atas sebab tidak lama lagi saya akan bertukar kerja didaerah lain ..

Selamat Encik Syed Azman itu dengan alasan yang sungguh tidak logik kerana beliau tidak langsung diarahkan untuk bertukar kerja ke daerah lain.. seterusnya perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar .. setelah itu membentangkan usul pula.. tapi malangnya ada 9 usul tidak dapat diterima kerana semua pemberi pemberi usul tidak menghadiri Mesyuarat ..

Selepas ucapan penangguhan ( tamat mesyuarat ) acara yang ditunggu tunggu pun tiba.. Cabutan nombor bertuah .. tapi tuah tidak memihak kepada kawan ..lebih 45 bungkus hamper dimenangi oleh orang orang lain manakala 1 pun tidak menyinggah kepada kawan ..

Jam 0120 petang barulah menuju ke kantin .. Bee hon sama cucur udang dan air tea o' sedia terhidang diatas meja ( sepatutnya makan nasi ketika itu ) ..

*** Semua gambar tidak dapat diambil kerana kamera kawan telah kehabisan bateri ..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP