GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat PIBG lagi ( SKBJ )

Kali ini mesyuarat PIBG di SKBJ pula.. iaitu sekolah tempat dimana Aina belajar .. Dimulakan dalam jam 0900 pagi ..setelah pendaftaran dibuat maka bermulalah ucapan ucapan daripada yang dipertua PIBG diikuti Penasihat iaitu Tuan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah ( cuma wakil ) agaknya Pegawai Pelajaran Daerah sibuk macam Yb.. kehadirah ahli ahli cukup memberangsangkan juga ..

Setelah perasmian maka mesyuarat pun dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat serta Laporan kewangan .. Berkenaan dengan yuran PIBG semua berpuas hati ..Setelah perlantikan AJK peringkat atas maka perlantikan Ahli Jawatan Kuasa biasa dikalangan ibu bapa pula dilantik ..

Encik Mohd Sapingi : Saya cadangkan encik Syed Azman bin Syed Zahari sebagai AJK ..

Encik Syed Azman : Erk... Ops ops ! sebelum ada yang sokong dengan berhematnya saya menarik diri atas sebab tidak lama lagi saya akan bertukar kerja didaerah lain ..

Selamat Encik Syed Azman itu dengan alasan yang sungguh tidak logik kerana beliau tidak langsung diarahkan untuk bertukar kerja ke daerah lain.. seterusnya perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar .. setelah itu membentangkan usul pula.. tapi malangnya ada 9 usul tidak dapat diterima kerana semua pemberi pemberi usul tidak menghadiri Mesyuarat ..

Selepas ucapan penangguhan ( tamat mesyuarat ) acara yang ditunggu tunggu pun tiba.. Cabutan nombor bertuah .. tapi tuah tidak memihak kepada kawan ..lebih 45 bungkus hamper dimenangi oleh orang orang lain manakala 1 pun tidak menyinggah kepada kawan ..

Jam 0120 petang barulah menuju ke kantin .. Bee hon sama cucur udang dan air tea o' sedia terhidang diatas meja ( sepatutnya makan nasi ketika itu ) ..

*** Semua gambar tidak dapat diambil kerana kamera kawan telah kehabisan bateri ..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

CITY® 10 April 2010 pada 4:03 PTG  

salam rodong,
hahahaha..

ibubapa mmg patut datng pibg , ni bila suruh datang tak nak, pastu komplen macam2 kata guru itu ini, diri sendiri tak ambik berat kat anak2 sendiri nak salahkan org lain lak, opsss... emo laks heheh..

meeting pibg pun ada hamper cabutan bertuah? tengok? nak ajak discuss pasal anak2 pun nak kena bagi gula2 baru nak datang, kalau tak ada hamper? hampeh!!
opss.. teremo lagi, ekekkke..

last sekali, dapatlah makan2 kan kan
jadilah, rezeki ..

heheheh
senyum sokmo

Aida Ali 10 April 2010 pada 4:10 PTG  

Biar tak bertuah, jangan makan 'rasuah' - oppss... jangan marah

Relevan 10 April 2010 pada 4:32 PTG  

* wslm biru.. hehe! macam tu lah gayanya.. apa pun mesyuarat PIBG sudah selesai untuk tahun ini..

* A'ah cikgu Aida.. pas ni meting yang sekolah menengah pula..

Aku Anak Pahang 10 April 2010 pada 5:04 PTG  

salam rodong nasib anok kawan tak sekolah situ mekala dok letih juga dilantik di org hehehe..

** Dok ker kawan dengor En. Sapingi tu yang kena tukar keluar daerah? kut sapingi lain kawan x tahu la..

zulkbo 10 April 2010 pada 5:14 PTG  

salam Syed..
ngelat aok yek?
lepas ni ada pe hei
aon janagn komplen yek?
hu hu..
**koi pun nak belajo skill aok nie..

Relevan 10 April 2010 pada 5:41 PTG  

* Wslm en Yassin.. en Sapingi tu lah yang tuko ke Bera..

* Wslm Zul..hehe! aok jangan amalkan skill kawan ni..buatnye dituko sungguh kerja boleh haru..kena cari kotak lah jawabnya..

mazru 10 April 2010 pada 6:20 PTG  

salam wehhh,,,


alasan yg bijok..betui gek kena wat gitu dari terus tak dtg ye dok?

hehehe

Maiyah 10 April 2010 pada 6:46 PTG  

xde rezeki.. nnti sy wat cabutan bertuah ngeh ngeh

Che' Pit 10 April 2010 pada 8:30 PTG  

hik hik mungkin tuah lagi besar yng menanti kot..

myQza 10 April 2010 pada 8:44 PTG  

pandai betul dia bg alasan.

sekolah den mesyuarat POBG. murid 100 mak ayah yg datan 15 org.. lagi 85 mak ayah ntah g mana.

he he he

al-mankaraqi 10 April 2010 pada 10:34 PTG  

hancur mesyuarat bila bab makan2 hancur.........

Fadh 11 April 2010 pada 7:30 PG  

hahaha...ngelat aok nie...

Saliza 11 April 2010 pada 4:32 PTG  

Encik Relevan,

kaum bapa ke kaum ibu yg ramei dtg?
Kalau de skoloh koi, kaum ibu la yg memenuhkan mesyuarat.
Pas tu, bila nak lantik, ada la sorg bangun bg cadangan gini; " sy cadangkan AJK lama dikekalkan."

Seme pakat setuju......

senang ngat mesyuarat....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP