Tak boleh belah
Cuaca pada malam itu sunyi sungguh .. Channel 411 masih menayangkan The Pacific S103 sedangkan kawan nak tengok siri yang ke S101 dan S102 .. bengong punya setesen Tv ni..
Sesekali bunyi Cengkerik dalam rimbunan pokok kaduk mengalunkan irama bertalu talu.. adakala buat memekak telinga kawan saja .. Kawan menuju ke peti ais lantas mencapai air kotak cap jambu kesumba yang dikatakan boleh mengubati penyakit sendi dan juga ceret beret .. Kawan minum terasa kehel sahaja..
Tilam bantal selimut dan bantal golek terhampar dihadapan Tv..
'' Nah ! aok tidor depan Tv ..tengok lah Tv sampai ke pagi ..koi nak tido dengan anak bongsu koi ni '' kata Akak ..
Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1059 malam .. kawan mendekati bilik Akak dan anak anak tidor .. semuanya sudah berdengkur ..
'' Relevan datang segera kedai Corner kawan kawan tunggu ni ada cerita bagus ..datang seorang tau '' -- SMS dari encik Karim Jasmy ..
Capai seluar baju dan pakai..senyap senyap menyelinap hendak membuka pintu ..baru nak buka pintu tiba tiba ..
'' Nak ikuttt '' kata Akak yang telah sedia memakai blaus dan berseluar track ..
*** Hancuss ..