GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 April 2010

Tak boleh belah

Cuaca pada malam itu sunyi sungguh .. Channel 411 masih menayangkan The Pacific S103 sedangkan kawan nak tengok siri yang ke S101 dan S102 .. bengong punya setesen Tv ni..

Sesekali bunyi Cengkerik dalam rimbunan pokok kaduk mengalunkan irama bertalu talu.. adakala buat memekak telinga kawan saja .. Kawan menuju ke peti ais lantas mencapai air kotak cap jambu kesumba yang dikatakan boleh mengubati penyakit sendi dan juga ceret beret .. Kawan minum terasa kehel sahaja..

Tilam bantal selimut dan bantal golek terhampar dihadapan Tv..

'' Nah ! aok tidor depan Tv ..tengok lah Tv sampai ke pagi ..koi nak tido dengan anak bongsu koi ni '' kata Akak ..

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1059 malam .. kawan mendekati bilik Akak dan anak anak tidor .. semuanya sudah berdengkur ..

'' Relevan datang segera kedai Corner kawan kawan tunggu ni ada cerita bagus ..datang seorang tau '' -- SMS dari encik Karim Jasmy ..

Capai seluar baju dan pakai..senyap senyap menyelinap hendak membuka pintu ..baru nak buka pintu tiba tiba ..

'' Nak ikuttt '' kata Akak yang telah sedia memakai blaus dan berseluar track ..

*** Hancuss ..

16 Merujuk kepada perkara diatas :

Guru 13 April 2010 pada 9:42 PTG  

deria ke6 akak memang mantap betoii..

Mimie.Candy Cane 13 April 2010 pada 9:53 PTG  

hahahaha...tindakan pantas tu...caya la akak.ni nak kena berguru ngan dia ni

Aku Anak Pahang 13 April 2010 pada 9:55 PTG  

Pendek kata musim panas ginie tak de bender yang kena..bangun salah duduk salah hehehe..elok juga sesekali gi menyedup angin malam.

Tanpa Nama ,  13 April 2010 pada 10:06 PTG  

hehe...kesiannya kat aok

al-mankaraqi 13 April 2010 pada 10:10 PTG  

kantoi awok bang........kahkahkahkahkah

kador lar awok ter bukannyer bujang gayer koi nih......hahahaha

Pacifist 13 April 2010 pada 10:12 PTG  

salam EnSyed.habis ape tindakan aok seterusnye? aok membatalkan hasrat @ bw akok sekali? thriller sungguh cite aok,kaloh cite astro tu.semoga bebahagie la aok sekuarge

endiem 13 April 2010 pada 10:46 PTG  

En Karim Jasmy nak menyakat dengan cerita hantu, sbb itu suruh datang sorang.

Fadh Rahman 13 April 2010 pada 11:15 PTG  

hahaha....padan ke muke hehehe

zulkbo 14 April 2010 pada 12:11 PG  

salam..
ka ka ka..hancuss..
potong stem nak ngeteh
he he.

saharul 14 April 2010 pada 12:13 PG  

curiga tu tandanya sayang...

sonata anak kancil 14 April 2010 pada 12:17 PG  

ha ha ha...gelak kat awok....tu lah sape suruh kuar senyap2...akak boleh rasa gerak hati lah

Nizam Awang Brahim 14 April 2010 pada 1:44 PG  

Mule tadi koi senyum je.Tapi skarang koi nok gelok.Hahaha...

piewahid 14 April 2010 pada 1:47 PG  

hehehehe.... akok nok ikut ande makne ter...:D

abu muaz 14 April 2010 pada 7:27 PG  

sepatutnya seluar, baju disimpan kat luar rumah baru akak tak sedar....keluar pakai kain pelikat jee,,,

Nerzhul 14 April 2010 pada 8:27 PG  

pukul 11 baru nak gi melepak, ngaloh ke orang bujang hakhakhak

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP