Macam boleh
Ahmad Zaki mula berangan angan hendak menjadi blogger seperti redmummy yang memperolehi pendapatan hasil dari iklan melebihi 10k dalam sebulan ..
'' Koi rasa koi pun boleh buat '' kata Ahmad Zaki pada satu petang kepada rakan beliau yang bernama Azman Zahari yang cukup terer dalam berFace bo0k ..
'' Kawan pun ada dengar cerita gitu juga ..dengan memasang baner baner iklan dalam blog tentu dapat hasilnya .. kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki mula mencongak congak .. tentu tak lama lagi Salmiah akan cuba cuba mendekati kerana telah memperolehi hasil yang lumayan ..dan juga Ahmad Zaki pasti akan kehulu hilir bersama laptopnya yang mengunakan broadband berkuasa tinggi ..
'' Masa tu tentu ramai yang kan buka mata .. baru dia orang tau sapa Ahmad Zaki .. seorang blogger ternama lagi hebat yang kaya raya .. cuma dengan berblog saja mendapati pendapatan hasil yang lumayan ..''
Tentu Ahmad Zaki akan menjadi idola kepada blogger blogger yang lain .. yang pasti Ahmad Zaki tidak lagi hidup menumpang bapanya ..
'' Koi akan buktikan ''.. kata Ahmad Zaki..
'' Aok dah ada blog ke '' ? ..Tanya Azman Zahari ..
'' Tak ada lagi ..minta aok buatkan koi blog satu '' ..kata Ahmad Zaki ..
'' Macam ni lah Mad.. petang ni cuaca elok .. tentunya malam ni tidak kan hujan .. aok balik rumah ..aok asah pisau toreh getah aok tu .. esok pagi pagi lepas subuh aok pergi lah menoreh ..getah mahei sekarang ni dah cecah RM 5.10 sekilo '' bersahaja kata kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki pun berlalu sambil tersengih sengih..
*** Kawan pun mau kaya ..