Macam boleh
Ahmad Zaki mula berangan angan hendak menjadi blogger seperti redmummy yang memperolehi pendapatan hasil dari iklan melebihi 10k dalam sebulan ..
'' Koi rasa koi pun boleh buat '' kata Ahmad Zaki pada satu petang kepada rakan beliau yang bernama Azman Zahari yang cukup terer dalam berFace bo0k ..
'' Kawan pun ada dengar cerita gitu juga ..dengan memasang baner baner iklan dalam blog tentu dapat hasilnya .. kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki mula mencongak congak .. tentu tak lama lagi Salmiah akan cuba cuba mendekati kerana telah memperolehi hasil yang lumayan ..dan juga Ahmad Zaki pasti akan kehulu hilir bersama laptopnya yang mengunakan broadband berkuasa tinggi ..
'' Masa tu tentu ramai yang kan buka mata .. baru dia orang tau sapa Ahmad Zaki .. seorang blogger ternama lagi hebat yang kaya raya .. cuma dengan berblog saja mendapati pendapatan hasil yang lumayan ..''
Tentu Ahmad Zaki akan menjadi idola kepada blogger blogger yang lain .. yang pasti Ahmad Zaki tidak lagi hidup menumpang bapanya ..
'' Koi akan buktikan ''.. kata Ahmad Zaki..
'' Aok dah ada blog ke '' ? ..Tanya Azman Zahari ..
'' Tak ada lagi ..minta aok buatkan koi blog satu '' ..kata Ahmad Zaki ..
'' Macam ni lah Mad.. petang ni cuaca elok .. tentunya malam ni tidak kan hujan .. aok balik rumah ..aok asah pisau toreh getah aok tu .. esok pagi pagi lepas subuh aok pergi lah menoreh ..getah mahei sekarang ni dah cecah RM 5.10 sekilo '' bersahaja kata kata Azman Zahari ..
Ahmad Zaki pun berlalu sambil tersengih sengih..
*** Kawan pun mau kaya ..
19 Merujuk kepada perkara diatas :
betol2,getah mahal skang..baik la menoreh..malas dengan rajin je persoalannye
Bagus ngat niat ahmad zaki tu moga tercapai impian dia, dgn berangan2 siapa tahu akan menjadi kenyataan..
kadang kala betul nasihat azman tu, nanti keluar pulok dalam n3 ahmad zaki , penoreh getah yang berpendapatan 10k sebulan.
menoreh pun boleh kaya juga
kalo takat berangan je, rentikan le...kalo gi menoreh tu dah tentu dapat hasilnya..tu pun kalau x kena rembat ngan mat gian!!
berangan juga nak jadik macam redmummy
tapi kena buat 3,4 entri sehari...mmm tak payahlah..
nak buat 1 entri dalam dua hari pun dah kejang jari tangan ni..
relevan mungkin boleh kut...
salam...
getah mahal ker skrg?
koi xtau citer..
huhuhu...
nk ikut jejak redmummy mmg jauh pggang dr api la koi ni...
dia fulltime blogger...
sian ahmad zaki...
bgtau dia meh koi tlg watkan blog. 10k tu 5k sorang!
Ahmad Zaki..... fuii nama dia pun dah ada ciri2 mcm nama org kaya kan..
kalo traffic tinggi bleh le berangan.. tumpang gembira je le kita heheh
* Mengeluarkan 3 entri sehari rambut dah luruh selai demi selai..
ajor je la abang relevan, suh dia wat blog kehidupan seorang penoreh.
dah semua org nak buat blog dah
bagus tambah ramai org blh kenal
cis betul ahmad zaki!!kah kah kah!!!!blog pon tk reti buat.,..ahahha...
kem salam kat ahmad zaki!
lancelott, aok dah botak ker? he..he........he...........he
* Rambut kawan banyak lagi lah Finaz..cuma ada arah yang nampak botak botak gitu..
* Salam diterima dari Ahmad Zaki untuk Tedi..
* Jangan memain dengan Ahmad Zaki ni Pakcik..memang berlaku keujudan cerita ni..
Dimana ada kemahuan disitu ada highway. Ahmad Zaki tidak terkecuali. Siang menoreh malam berbelog. Buat macam pakcik ni ya Ahmad Zaki, ha ha ha...
* Risau juga ni Pak Hashim .. nanti sambil asah pahat sambil pula tekan keyboard..
Catat Ulasan