GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 April 2010

Twitter jadi sistem amaran awal wabak

VIENNA 14 April - Laman blog sosial Twitter boleh bertindak sebagai satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak, menurut hasil kajian sekumpulan pakar dari London's City University yang diterbitkan semalam.

Menurut kajian tersebut, sejumlah tiga juta mesej atau dikenali sebagai 'tweets' dikirim dalam bahasa Inggeris melalui Twitter dari Mei hingga Disember 2009, yang mempunyai istilah flu.

Kajian tersebut diserahkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.

''Jumlah 'tweets' yang kami kumpul melalui kata carian seperti 'flu' atau 'influenza' adalah mengagumkan,'' kata salah seorang pengkaji, Patty Kostkova.

''Sekarang kami sedang meneliti potensi data yang diperoleh itu bagi digunakan dalam sistem amaran awal sebab ia merupakan media masa sebenar. Ia boleh mendapat respons segera jika perlu,'' tambah beliau.

'Tweets' yang dikira oleh para pakar berkenaan mendapati, sejumlah 12,954 mesej mengandungi ungkapan 'saya menghidap selesema babi' dan 12,651 lagi dengan ungkapan 'saya menghidap selesema.' ( Selanjutnya disini ) ..

*** Sudah tau sikit sikit apa itu Twitter ..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  15 April 2010 pada 10:37 PG  

apa2 je lah....

CITY® 15 April 2010 pada 10:50 PG  

salam,

adehla twitter lah
facebook la

koi ada blog cukup la kot
lalallal

Nerzhul 15 April 2010 pada 10:56 PG  

makin canggih la brader relevan pasni hahaha

Aku Anak Pahang 15 April 2010 pada 11:01 PG  

ooo..dia boleh ngabor mekala ada penyakit abender ya...molek laa tu weh..

Tanpa Nama ,  15 April 2010 pada 11:18 PG  

laaa...benda mcm ni mcm boleh difikir pakai akal logik oleh sesapa pun kan! cuma angka sebenar yg tepat jelah xdpt

Relevan 15 April 2010 pada 11:27 PG  

* Janji boleh saja ..redNing..

* Wslm biru.. boleh lah add facebok aok ek..?

* Takut juga Nerzhul..terlalu canggih nanti semua orang suka..nak gerak pun payah..hehe!

* Ntoh lah en Yassin..penyakit abender..tweet saja..ingat nak ngayat pun boleh juga guna twitter ni dak..

piewahid 15 April 2010 pada 11:40 PG  

blog, pesbuk, my space, twitter, mcm² la... teknologi tlampau laju. tak terkejor dik kita yg 'matang' ni :D

Relevan 15 April 2010 pada 12:15 PTG  

* Betul tu en Pie..sudah jauh ketinggalan ..tapi kita semakin hampir ni..

* Maklumat laju janji tepat cikgu.. kadang kadang terasa aneh juga mengunakan kemudahan teknologi it ni..

Hairun Azmi 15 April 2010 pada 3:38 PTG  

Koi tak mahir lagi Twitter sebab koi layan Facebook jer buat masa ini..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP