GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 15 April 2010

Twitter jadi sistem amaran awal wabak

VIENNA 14 April - Laman blog sosial Twitter boleh bertindak sebagai satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak, menurut hasil kajian sekumpulan pakar dari London's City University yang diterbitkan semalam.

Menurut kajian tersebut, sejumlah tiga juta mesej atau dikenali sebagai 'tweets' dikirim dalam bahasa Inggeris melalui Twitter dari Mei hingga Disember 2009, yang mempunyai istilah flu.

Kajian tersebut diserahkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.

''Jumlah 'tweets' yang kami kumpul melalui kata carian seperti 'flu' atau 'influenza' adalah mengagumkan,'' kata salah seorang pengkaji, Patty Kostkova.

''Sekarang kami sedang meneliti potensi data yang diperoleh itu bagi digunakan dalam sistem amaran awal sebab ia merupakan media masa sebenar. Ia boleh mendapat respons segera jika perlu,'' tambah beliau.

'Tweets' yang dikira oleh para pakar berkenaan mendapati, sejumlah 12,954 mesej mengandungi ungkapan 'saya menghidap selesema babi' dan 12,651 lagi dengan ungkapan 'saya menghidap selesema.' ( Selanjutnya disini ) ..

*** Sudah tau sikit sikit apa itu Twitter ..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP