GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 18 April 2010

Pagi ahad yang panas

Setelah pekena nasik berlauk 2 bungkus bersama tea 'kow ..dan juga goreng keledek 4 potong ..kawan dengan gagahnya membawa pahat ( pisau penoreh getah ) lantas memasukan kedalam raga motor C70 kapcai aboh kawan..

'' Bang nak bawa bekal goreng keledek ke?.. sambil motong boleh makan '' tanya Akak..

'' Tak payoh.. nak motong laju laju ni ..lewat karang hari cepat panas ...tolong unjuk kit hendpone abang te.. jawab kawan..

Terus saja tunggang motor masuk kebun.. Menpercepatkan langkah kawan lalu membuka sampul pahat dan baru nak memulakan torehan pokok getah yang pertama ..ting! tong!.. bunyi hendpone kawan..

'' SMS sapa pula ini '' berkata kawan dalam hati..

Matahari pun terus memancar cahaya dengan panasnya.. getah tidak ditoreh walau sebatang pun..kawan telah melakukan SMS tanpa henti dengan seseorang.. nak sambung menoreh pula hari telah panas.. kawan pun menyetat motor terus berlalu pulang..

'' Banyak menoreh hari ni bang '' ? ..tanya Akak..

'' Boleh tahan ''.. jawab kawan..

*** Kiranya bahana berSMS ini tak mengira dimana tempat.. dalam kebun dalam bilik air dalam terowong dalam selimut janji ada line..nanti ada kisah hendpone dalam lipatan kain pula.. Selamat berhari Minggu yer..!!!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP