GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 18 April 2010

Pagi ahad yang panas

Setelah pekena nasik berlauk 2 bungkus bersama tea 'kow ..dan juga goreng keledek 4 potong ..kawan dengan gagahnya membawa pahat ( pisau penoreh getah ) lantas memasukan kedalam raga motor C70 kapcai aboh kawan..

'' Bang nak bawa bekal goreng keledek ke?.. sambil motong boleh makan '' tanya Akak..

'' Tak payoh.. nak motong laju laju ni ..lewat karang hari cepat panas ...tolong unjuk kit hendpone abang te.. jawab kawan..

Terus saja tunggang motor masuk kebun.. Menpercepatkan langkah kawan lalu membuka sampul pahat dan baru nak memulakan torehan pokok getah yang pertama ..ting! tong!.. bunyi hendpone kawan..

'' SMS sapa pula ini '' berkata kawan dalam hati..

Matahari pun terus memancar cahaya dengan panasnya.. getah tidak ditoreh walau sebatang pun..kawan telah melakukan SMS tanpa henti dengan seseorang.. nak sambung menoreh pula hari telah panas.. kawan pun menyetat motor terus berlalu pulang..

'' Banyak menoreh hari ni bang '' ? ..tanya Akak..

'' Boleh tahan ''.. jawab kawan..

*** Kiranya bahana berSMS ini tak mengira dimana tempat.. dalam kebun dalam bilik air dalam terowong dalam selimut janji ada line..nanti ada kisah hendpone dalam lipatan kain pula.. Selamat berhari Minggu yer..!!!

17 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 18 April 2010 pada 10:38 PG  

Salam Rodong gitulah kita nei ramei rodong nok nutup (mati h/set) tak kena juga dan sampai hati pulak kut ada hal penting susah juge...dlam biarlah melara dan senyuman.

Hairun Azmi 18 April 2010 pada 10:57 PG  

Kesian ke aok yak..
Tak dan nok noreh...

Tanpa Nama ,  18 April 2010 pada 12:48 PTG  

pasnih dok blogging dlm kebun getah plak

mr.kordes 18 April 2010 pada 2:09 PTG  

hp pntg tu bang!hahaha...kem slm mkwe!jahahahaa...

zulkbo 18 April 2010 pada 2:11 PTG  

salam.
kirik sms kat gf ke weh?

Che' Pit 18 April 2010 pada 2:32 PTG  

ngeh ngeh ngeh..

kalau pakai prepaid, cepatle kena top up.. pakai bil, melambung ler bil nya haha

myQza 18 April 2010 pada 3:18 PTG  

dok sms dgn sape le pulok!

Maiyah 18 April 2010 pada 6:09 PTG  

haha.. mmg bahana.. bebaik sms pong! bleh jejaskan kesihatan heheh

saharul 18 April 2010 pada 8:59 PTG  

kome kat sini redup weh....sampai petang..

Hashim Zabidi 19 April 2010 pada 1:04 PG  

Hari Ahad hari rehat. Belai anak isteri, sms kawan-kawan, golek-golek siang hari, senang lenangkan diri. Esok isnin pagi pegi kerja penuh jatidiri.

Relevan 19 April 2010 pada 7:50 PG  

* Rasa nak demam hari isnin nih..

Jard The Great 19 April 2010 pada 8:01 PG  

salam.. hang ade gi gatsby fair ke? tak perasan la mana satu.. hik hik.. salam perkenalan

Nerzhul 19 April 2010 pada 8:35 PG  

kalau duk main mesej di rumoh pelik pulok akak ye...kihkihkih

Guru 19 April 2010 pada 9:41 PG  

assalammualaikum

buang hp ke laut
tidaklah mengganggu lagi

Relevan 19 April 2010 pada 11:38 PG  

* Salam Jard..ada tapi kawan duk kat tepi tepi jer..

* Tu lah Pasal Nerzhul..

* Wsalam cikgu..kat tempat kome jauh dengan laut.. hehe!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP