Pagi ahad yang sangat cemerlang
Selepas sahaja solat subuh macam biasa Encik Topik mula menarik selimutnya semula..aktiviti beliau bila hari minggu adalah ketiduran sampai melohor..maka datanglah Puan Rodziah mengacau ketiduran beliau..
Puan Rodziah : '' Bang ! ..bangun ..moh kita pergi ke Pekan Sehari..beli lauk dan sayur sayuran ''..
Encik Topik : '' Aok pergi seorang lah..kawan lemoh badan sangat ni..tak berapa larat.. aok amik je duit dalam pes te''..
Tanpa banyak bersoal jawab Puan Rodziah terus sahaja menyeluk saku tempat pes duit suami beliau..
Puan Rodziah : '' Lor bang.. banyok ni je duit? RM 15 .. mana cukup ni ''..
Encik Topik : '' Cukup lah tu..aok beli ikan longgok RM 5..lebih te aok beli lah sayur sayur..kuih muih..gula tepung beras dan jangan lupa aok tuang minyak kereta juga..
Lantas Encik Topik kebasahan akibat disimbah sebaldi air oleh Puan Rodziah..
*** Tu lah..bukan senang kan..