Istilah 'besar dan panjang' jadi bahan lawak
KUANTAN 26 April - Istilah 'besar dan panjang' menjadi bahan lawak di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.
Istilah itu dibangkitkan oleh Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) yang bangun mempersoalkan mengapa jalan raya di Lipis lebih kecil berbanding Jerantut yang lebar dan besar.
''Saya dapati jalan raya di Lipis kecil tetapi apabila memasuki daerah Jerantut, jadi besar pula.
''Saya tidak kisah dari segi panjangnya tetapi apa yang menghairankan mengapa jalan raya di Lipis kecil dan di Jerantut, besar," katanya ketika mengemukakan soalan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak pada sidang dewan itu... Selanjut klik ( sini )
*** Tu dia Yb.. Cepat buat dan perbaiki Jalan ..tak kira jalan yang besar yang sempit maupun yang panjang.. :)