Kecurangan SMS khayalan tidak beri faedah
KUALA LUMPUR 3 Mei - Pasangan suami isteri diminta tidak mudah terpedaya dan terperangkap dalam gejala kecurangan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana 'hubungan sulit' tersebut hanyalah khayalan serta tidak memberi faedah kepada mereka.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, oleh itu setiap pasangan wajar menjaga keharmonian rumah tangga mereka kerana itu yang terbaik kepada mereka.
"Segala yang kita peroleh di dunia realiti adalah yang terbaik dan jangan mencari sesuatu yang berasaskan khayalan semata-mata kerana khayalan 'kecurangan SMS' tidak akan kekal lama. Tambahan pula ia dipengaruhi desakan nafsu semata-mata.
"Justeru, berhati-hati ketika menghantar SMS walaupun tujuannya hanya untuk bertanya khabar kerana ia mampu mendorong kepada perbuatan curang di kalangan pasangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.. Selanjutnya klik ( SiNi )
*** Hendphone dalam gulung kain pelikat bila berada dirumah..