Kecurangan SMS khayalan tidak beri faedah
KUALA LUMPUR 3 Mei - Pasangan suami isteri diminta tidak mudah terpedaya dan terperangkap dalam gejala kecurangan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana 'hubungan sulit' tersebut hanyalah khayalan serta tidak memberi faedah kepada mereka.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, oleh itu setiap pasangan wajar menjaga keharmonian rumah tangga mereka kerana itu yang terbaik kepada mereka.
"Segala yang kita peroleh di dunia realiti adalah yang terbaik dan jangan mencari sesuatu yang berasaskan khayalan semata-mata kerana khayalan 'kecurangan SMS' tidak akan kekal lama. Tambahan pula ia dipengaruhi desakan nafsu semata-mata.
"Justeru, berhati-hati ketika menghantar SMS walaupun tujuannya hanya untuk bertanya khabar kerana ia mampu mendorong kepada perbuatan curang di kalangan pasangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.. Selanjutnya klik ( SiNi )
*** Hendphone dalam gulung kain pelikat bila berada dirumah..
12 Merujuk kepada perkara diatas :
macam2.... hm
Sebaik perkara cam nei jangan terus di layan macam kurap juga.. kalau makin di garu melecir sudohnya...
yang dah kawin tu takpayoh la. bagi la ke kome orang-orang bujang ni aje .hahahaha
bile henpon duk dlm gulungan kain pelikat te yg menimbulkan kecurigaan melampau hehehe....
Salam...
Ade juga jenis sms khayalan gitu...
Ingtkan sms ugutan jer ade...huhuhu
salam..
HANPONDED
koi tak de pun tak pe
pakai yang opis jer
balik kalu bunyi ni
tamboh stress jer
nasihat itu semua orang boleh fikir .. semua orang rasanya dah tahu tapi sengaja nak cari penyakit !
mcm2 skrg ni..
Kawan pernah terima sms mengatakan anda bertuah, sebab menang cabutan bertuah sebanyak RM20,000. Sila sms ke nombor sekian-sekian.
Kawan terus delete.
* Tadi dapat satu mesej..berbunyi begini '' Lama tak jumpa abang..Rindu sangat dah kat abang ''..sempat juga kawan balas mesej itu ''..rq RM1 tolong2 ''
hehehe macam2...
koi ingat hyprobulksms td...hehhe
* Ha ha Mazru..sabar sabar..tunggu modal nasuk je ni heh!
Catat Ulasan