GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Mei 2010

Gula?

Tadi petang Akak pesan untuk beli gula..kawan pun masuk pasaraya yang ada kat bandar kawan ni..

Melilau kawan cari kat tempat barangan bungkusan kering dimana terdapat Gula disitu.. kawan amik 1 bungkus..kecil.. bukan.. gula icing rupanya..kawan letak balik..tengok kearah yang sebelah lagi '' Sold out ''..Gula sudah habis..

Setelah membeli sedikit bawang dan juga ikan sardin serta Tembakau cap Musang kawan pun membayar kat kuanter.. tanya adik Cashier tu..manis orangnya..sempat juga jeling kat name tag beliau..Nor Saleha nama nya..

'' Hari rabu baru sampai gula Pak Cik '' kata Cashier itu..

Terus saja ke Bandar Lama dengan harapan kedai Nyonya pendek ada menjual Gula..

'' Incik Shyied arr..Ngula hari Rabu baru sampei ''..kata Nyonya tersebut..

Kawan pergi kedai Apek spek kat sebelah kedai Nyonya tersebut..

'' Ali rabu ngula ada '' ..jawab Apek spek tersebut..

Sampai kat rumah Akak pun kata..'' Kat kedai Atirah pun hari rabu juga ada gula ''..

*** Apakah akan berlaku lagi krisis gula ?.. tunggu hari rabu..

13 Merujuk kepada perkara diatas :

Hairun Azmi 3 Mei 2010 pada 9:16 PTG  

Tak sabo tunggu hari rabu...

endiem 3 Mei 2010 pada 9:20 PTG  

payah payah..guna gula icing boleh jugak..

al-lavendari 3 Mei 2010 pada 9:41 PTG  

kurangkan gula dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman. kalau tak ada gula, macamana nak manis ye dak !

kawan cadangkan awak tanam tebu jer.

piewahid 3 Mei 2010 pada 10:10 PTG  

elok la xande gula. kala dh tlebih gula mcm koi ni hah... hehehe (jeles org dpt mkn gula sbenonyer)

Che' Pit 3 Mei 2010 pada 11:21 PTG  

huwaaa che relevan
CP dah siap entry pasal gula, cuma ingat pagi esok baru nak post, che relevan dah pos dulu, huhuhu

tp tak kira, nak pos gak entry pasal gula pagi esok, huhu

mazru 3 Mei 2010 pada 11:53 PTG  

aih weh..susoh benor nak cari gule yak..ape ke hel nye?

saharul 4 Mei 2010 pada 12:14 PG  

lepas ni koi nak beli 18 dozen le....buat stok setahun

Nizam Awang Brahim 4 Mei 2010 pada 1:03 PG  

Serabut juge kala tak ande gule weh.Terlebih jadi penyakit pulok

::FAIZ:: 4 Mei 2010 pada 8:25 PG  

mmg susah nak cari Gula... hm

CekWa 4 Mei 2010 pada 9:05 PG  

tak sangka pulak ada krisis gula skrang nih..patutlah gi kedai smlam ada 5 paket je gula...koi ni setail membeli sepaket sebulan jek!

Nerzhul 4 Mei 2010 pada 10:27 PG  

setat dah masaloh gule. ntoh menda punca tak tau.

Relevan 4 Mei 2010 pada 12:53 PTG  

* Sebagai Alternatif..sila guna gula kabong..gula batu dan juga Gula gula..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP