GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Mei 2010

Cita cita Saya

Dalam sebuah kelas darjah 5 Merah disebuah Sekolah Rendah disekitar tahun 1976 seorang Guru wanita yang telah mengajar lebih kurang 9 tahun disekolah tersebut..

Darjah 5 Merah dikategori kan kelas yang ke 4 selepas Biru..Hijau..Kuning..Merah dan Oren..

Guru wanita tersebut yang bernama Cik Gu Siti Rohani mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia..

Pada satu hari setiap murid murid hendaklah mengemukakan apa Cita Cita tiap tiap seorang..

'' Cik Gu nak kamu semua beritahu kelas apakah Cita Cita kamu semua..tiap tiap murid bangun dan bagitau Cita Cita kamu mula dengan Normah dulu dan Azman murid yang hujung sekali ''.. kata Cik Gu Siti Rohani dengan tegas..

Normah : '' Saya nak jadi guru cikgu ''..

Abdul Jalil : '' Saya Askar cikgu ''..

Zakiah : '' Jururawat Cikgu ''..

Maimunah : '' Cita cita saya menjadi doktor cikgu ''..

Sulaiman : '' Saya nak jadi pilot ''..

Ahmad Nizam : '' Polis cikgu ''..

Hasnah : '' Saya Doktor haiwan cikgu ''..

Hamdan : '' Saya pula nak jadi pemandu Lori tangki cikgu ''..

Idrus : '' Saya nak jadi penternak kambing yang berjaya cikgu ''..

Salimah : '' Saya nak jadi peragawati cikgu ''..

Setelah habis semua dengan Cita cita masing masing maka tiba lah giliran Azman Zahari yang duduk di barisan sebelah kanan hujung sekali..

Azman Zahari : '' Saya nak jadi Menantu Cik Gu saja ''...

Dan beliau dikenakan denda mencabut kemuncup ditengah padang bola sehingga habis waktu tamat sekolah pada jam 0125 tengahari..

*** Maafkan saya Cik Gu Puan Siti Rohani kerana tidak menjadi menantu Cik Gu ''..

23 Merujuk kepada perkara diatas :

pB 4 Mei 2010 pada 2:35 PTG  

panjang akaiiii sungguhhhhh

Nerzhul 4 Mei 2010 pada 3:16 PTG  

dari kecik dah menggatai.kahkahkah

piewahid 4 Mei 2010 pada 3:17 PTG  

tu lah aok, cakap direct sgt....
cer try pantun2 sikit...:)

Relevan 4 Mei 2010 pada 3:22 PTG  

* Azman murid yang tenang..@Faiz

* Ha ah la pB..

* He he..Nerzhul..

* Azman tu ada sikit mamai @ en PieWahid

Che' Pit 4 Mei 2010 pada 3:42 PTG  

kdg2, terlalu jujur juga membawa masalah pada diri kita hehe

al-mankaraqi 4 Mei 2010 pada 4:15 PTG  

salam bang, tok sepoting lalu cekgu ter.......hahahahaha

Hanisham Ab Halim 4 Mei 2010 pada 4:56 PTG  

Huhhhh,.... Biroh sejak dr budok lagi rupenyer Saudara Azman tu.... hahhahaha

Aku Anak Pahang 4 Mei 2010 pada 5:06 PTG  

Sebab kawan rasa zaman tu deme berlajor ilmu Hisap...tu pasal deras nok jadi menantu hehehe...sekarang dah tukar matematik.

Aku Anak Pahang 4 Mei 2010 pada 5:07 PTG  

lupe nok tulis tadi...kawan macam kenal aje budok nama Azman tu hehehehe.........

CITY® 4 Mei 2010 pada 5:19 PTG  

salam,
hehehheeh....

saya pernah kena denda cabut kemuncup gak
hahhahah...

abu muaz 4 Mei 2010 pada 5:22 PTG  

berani, berani, orang yang berani perlu dalam masyarakat.

Relevan 4 Mei 2010 pada 5:43 PTG  

* Wuih aok Echam..macam pengantin baru..

* Hehe Azman Zahari tu ada kat sini haa.. sengih saja..

Guru 4 Mei 2010 pada 6:12 PTG  

relevan

besar sungguh cita-cita tu...mesti cikgu siti rohani nyesal tak dapat bermenantukan Azman

Cik SHiNJU 4 Mei 2010 pada 6:46 PTG  

Salam...
muahahaha...kecik2 dah pk nk kawen...gatai..

Mimie.Candy Cane 4 Mei 2010 pada 7:15 PTG  

hahaahah..kecik2 dh gentleman...caya la pakcik..

saharul 4 Mei 2010 pada 8:08 PTG  

jawapan yg bernas hingga membuatkan cikgunye teruja..

zulkbo 4 Mei 2010 pada 8:09 PTG  

salam syed..
kecik2 dah nak menikah
anak sapa la nie
he he..nakal aok

Daun 4 Mei 2010 pada 9:21 PTG  

kih kih lawak betul, tak tahan gelak

mama affan 4 Mei 2010 pada 9:44 PTG  

amboi..kecik2 dah gatai..haha..

Hashim Zabidi 4 Mei 2010 pada 11:32 PTG  

Cikgu Siti tupun cantik orangnya.Cuba tanya balik Azman Zahari dekat aok tu. betul tak kalau nak cari bini tengok bakal mak mertua dulukan...

Hairun Azmi 5 Mei 2010 pada 12:32 PG  

Bakat semula jadi rupernyer aok ni yak Uwa kakakakka

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP