Gula tiada lagi
Dengan tersengih sengih kawan masuk semula kesebuah Pasaraya yang hebat dibandar kawan ini..dengan harapan untuk membeli Gula dengan cepat kawan berlalu kearah jualan bungkusan kering dimana terdapat Gula dan barangan yang seangkatan dengannya..
Janji Gula akan sampai pada hari rabu..iaitu pada hari ini..
'' Gula baru saja habis Pak Cik ..esok pagi akan sampai lagi '' kata Gadis Pembantu Pasaraya berkenaan..
'' Gula Kaster dan Gula Batu ni kalau bancuh sama tea ..ok ke tak dik?'' kata kawan kepada Gadis itu..
'' Rasa boleh kot Pak Cik..ni arr Gula icing ni pun boleh agaknya '' jawab Gadis tersebut..
Kawan pun beli semua ketiga tiga jenis Gula tersebut..Gula juga kan..Sampai rumah Akak diam sahaja kerana Ketiga tiga jenis Gula itu..
Tiba tiba hendphone kawan berbunyi..
'' Tan balik..rumah aboh ada 6 kilo Gula..petang ini balik ..aboh bagi 4 kilo '' kata aboh kawan dalam talipon..
Maka bertolak lah kawan ke kampung untuk mengambil Gula tersebut.. 4 kilo Gula cuma berharga RM6.60.. + Petrol untuk balik Kampung = RM20.00
*** Mahal juga nak dapatkan Gula..tapi tidak mengapa dapat jengok Aboh dan Mak kawan dekat Kampung..yang menjadi misterinya kat Kampung ada pulak jual Gula..ishkk!