Lagi isteri dicederakan suami akibat minta cerai
KUALA LUMPUR 5 Mei - Jika di Melaka, semalam, seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan pisau, kejadian hampir sama berlaku lagi di Bukit Beruntung dekat sini.
Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan.
Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.
Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.
"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.. Selanjut klik ( siNi )
*** Agak nya ramai suami suami di Malaysia ni nak kena mandi Langir..